Selasa, September 29

peminat kru paling megah.


kepada encik syukor.

gud luck to u my dear friend. till we meet again.

Sabtu, September 26

stainless steel.



lepas dengar lagu ni rase macam nak pakai mekap pastu pau aiskrim budak kecik pastu usha ketat kat budak indie pakai baju "saya sayang mak saya" yang tengah tangkap gambar member-member posing hot pakai dslr tapi autofocus. gila obses kejap.

scranton branch.


wartawan: hai encik rashid sibir, dengar cerita untuk musim perayaan ini, saudara telah membuat drama-drama pasti hit untuk tatapan penonton di malaysia. boleh saudara ceritakan sedikit tentang perkara tersebut?

rashid sibir: oh ya. benar sekali. untuk musim perayaan ini saya telah membuat satu drama khas untuk penonton. tapi untuk mengetahuinya lebih lanjut, anda semua kenalah tunggu tayangannya nanti di kaca tv.

wartawan: wah! berahsia sungguh encik rashid sibir ini. mesti drama kali ini menarik ya?

rashid sibir: semestinya. tidak banyak yang saya boleh ceritakan di sini. pelakonnya saya ambil yang veteran dan bermuka sedih seperti jalil hamid, fauziah nawi, nasir bilal khan dan lain-lain.

wartawan: tentang plot cerita?

rashid sibir: rahsia. dan akan ada kejutan untuk kali ini.

wartawan: kejutan?

rashid sibir: ya. tiada lagi adegan ibubapa ditinggalkan anak yang lupakan diri dan ending adegan menangis ibu bapa meninggal dunia.

wartawan: wow. hmm....

rashid sibir: .............

wartawan: ................

rashid sibir: bagaimana?

wartawan: bagi saya, raya tidak meriah jika tidak disajikan dengan paparan sedih. penonton gemarkan perkara sedih di hari raya. dan itulah sebabnya drama raya biasanya disajikan dengan paparan sedih. itulah pengertian hari raya. barulah semua orang akan berseronok.

rashid sibir: maksudnya, menonton drama yang sedih membuatkan raya lebih bererti dan menyeronokkan?

wartawan: mestilah! lihat berita di surat khabar dan tv. tajuk utama mesti memaparkan berita kemalangan maut meragut nyawa sebuah keluarga, sebagai contoh ketika pulang berhari raya. paling tidak pun kematian adik beradik ketika mandi sungai di petang raya. itu belum lagi masuk iklan-iklan yang dibuat khas sempena hari raya. sedih bukan?

rashid sibir: hmm. betul juga. anda memang bijak. anda mahu bekerja bersama saya? sebagai consultant, mungkin?

dan empayar drama sedih hari raya makin subur mewangi untuk kesekian generasi.

Rabu, September 16

travelmate.

raya.

raya.

raya.

raya.

raya.

raya.

raya.

raya.

raya.

raya.

rayaa.

rayaaa.

rayaaaaa!!!!!

Isnin, September 7

empress.


pening memikirkan kerja pertama anda?

risau dengan keperluan material yang semakin mendadak?

ingin bekerja tanpa memikirkan kuarters pekerja atau perlu mencari tempat tinggal?

yaa! kami di sini boleh membantu anda!

sertai kami sebagai pembantu rumah di malaysia!

gaji lumayan bermula dari rm 800 dan makan minum serta tempat tinggal disediakan. lumayan bukan?

dan jika bosan, anda juga boleh mendera anak majikan anda ketika majikan anda sedang berada di tempat kerja. tak percaya? mari klik sini.

apa tunggu lagi? hantarkan resume anda sekarang! kini anda tidak perlu belajar untuk mendapatkan segenggam diploma untuk mendapatkan gaji taraf fresh graduate diploma!

testimoni:

"waduh2! lumayan amatt!! malas ngerjain juga dapat 2,000,000 rp? aku sungguh butuhkan uang. makasihh malaysia!!"- shamsiah, jawa barat.

"di malaysia bukan saja upahnya lumayan, penduduknya juga berduit. gampang aja dijambret properti mereka!" - rudyanto, medan.

tunggu apa lagi!! mohonlah sekarang di www.kepalahotakngkolasetan.com.id

Ahad, September 6

20 class a cigarettes.

masa aku kecil dulu, aku rasa dunia ni indah sangat. macam kau tengok kartun di tv. kau rasa dunia ni bebas. tiada sempadan.

bila dah besar, bila tengok berita atau baca surat khabar, aku mula merindui zaman-zaman kanak-kanak.

sebab, aku rindu zaman di mana aku tak perlu risau masalah perkauman, masalah politik, masalah harga minyak, masalah seludup gula dan lain-lain.

zaman di mana tiada masalah diselesaikan dengan mengusung kepala lembu dan memijaknya dengan niat menghina tuhan kaum lain.

zaman di mana aku tidak perlu risau untuk belajar bahasa mandarin untuk bekerja.

zaman di mana mereka membayar untuk mendapatkan tanah, bukannya meminta pampasan di atas tanah yang mereka yang sebelum ini mereka curi untuk membuat penempatan.

satu malaysia? lama lagi kot. klik sini untuk bukti kecil.

jaket baldu.

statik. di atas meja. tersuluh lampu di atasnya. sepi.

memasuki pintu dari luar. pipinya basah. matanya merah. resah.

meraung dan meracau. menghidupkan televisyen. membuka saluran yang tidak wujud. hitam putih berganti. dan kadang berwarna warni.

memecahkan tombol pintu. menyepahkan ruang tamu.

melukakan diri. membuat kesan seretan di lantai menggunakan darah.

mencelup tapak kasut dengan darah.

menumbuk muka sendiri.

seorang jiran terdengar kekecohan lantas berlari menghampiri. kaget.

jiran menjerit. "APA BERLAKU PADAMU?!"

"AKU MAKAN BATU. AKU MAKAN KAYU. AKU MAKAN POKOK. DAN AKU BUKAN DARI KAU DAN AKU BUKAN LAYAK DEMI KAU. AKU BERKAWAN DENGAN SYAITANMU DAN AKU PERNAH MENARI BERSAMANYA."

"DAN INI IALAH JALAN KELUARKU."

menghampiri objek di atas meja yang disuluh. menarik picu kearah kepala. dan bunyi letupan bergema.




sigh.