mr m: aku minat la kondo baru naik kat wangsa maju tu. yang dekat dengan wangsa walk tu.
aku: smart ke?
mr m: memang smart gila. bapak aku dah bagi approval untuk belikan rumah tu untuk aku. tapi dia bayar duit muka ngan bulan2 sampai aku dah start kerja la. then aku sambung bayar.
aku: berapa harga kondo tu?
mr m: nearly rm2.6m.
aku:(terkedu, tapi mahu menjadi cool) wow. apasal macam pelik je harga dia? btol ke wei? so sebulan kena bayar berapa?
mr m: amek pinjaman 20 tahun. sebulan dalam rm1200.
aku: kena kerja kuat la.
mr m: yup, aku grad lagi 2 tahun. then dapat kerja kena la pulun abes2.
aku: ko tak rase pelik ke? aku rase bkn rm1200. aku rase rm12000.
mr m: ye ke? jap biar aku kire.
aku: silakan.
mr m: btol gak tu. ha ah la wei.
aku: so skrg ni lepas ko grad ko kene cari keje starting salary rm15k kalu kau nak duduk kat kondo tu. rumah rm12k. baki 3k untuk maintenance rumah, makan minum ko, and kereta ko. good luck wei.
mr m: ..........
aku: ........
mr m: (bakar rokok)
aku: betul ke wei harga dia sampai rm2.6m?
mr m: btol la.
aku: (bakar rokok)
hari ini aku mencari spec condo tersebut di internet. sila klik sini.
rm2.6m my ass!
Rabu, Julai 29
Selasa, Julai 28
winston light 20
kau,
amat sukar untuk ku miliki
memaksa ku berusaha sepenuh hati
menghadapi cabaran yang berliku
yang bisa membuatkan ku
hampir berputus asa
kau,
aku gunakan pelbagai cara dan ikhtiar
melalui perlafazan sehingga titisan peluh
demi untuk mendapat kan mu
dengan tekad kesabaran dan kesungguhan
aku berjaya memiliki mu
kau,
aku suka membelai mu
memegang lembut badan mu
keharuman mu menusuk hidung ku
aku sering membawa mu ke mana jua
aku berasa selesa dan selamat dengan kehadiran mu
kau,
pabila berada di samping ku
aku menjadi alpa
menjadi bongkak dan takbur
seperti dunia ini kepunyaan ku
mungkin di sini kesilapan ku
kau,
aku tidak menghargai mu
aku begitu senang melepaskan mu
begitu senang melihat kau pergi
dan jatuh ke tangan orang lain
mungkin jua menyerah kan mu dengan senyuman
kau,
aku begitu alpa
alpa dalam mencari sebuah kehidupan
yang penuh dengan kepelbagaian
bagi ku kau boleh di tukar ganti
dan yakin aku dapat mencari pengganti mu
kau,
kini ku sedar akan kesilapan ku
baru ku tahu betapa penting nya kau
untuk ku menempuhi hari yang mendatang
aku amat mendambakan mu
aku amat merindukan mu
kau,
pulanglah ke sisi ku
mari lah kita bersama semula
membina hidup yang baru
dengan tidak di kelilingi oleh kebendaan
aku sangat memerlukan mu
D.U.I.T
nota lemak : nukilan ini dihasilkan untuk memperingati betapa penting nya duit dan jangan di bazirkan pada benda yang tidak penting. aku tengah sengkek gile sekarang ni.
Isnin, Julai 27
most infamous murder.
kanak-kanak di tepi pantai membuat istana pasir.
datang ombak, menghancurkan imaginasi mereka.
seorang pelajar sedang menyiapkan tugasan menggunakan komputer untuk dihantar esok.
bekalan elektrik terputus sampai esok.
kebakaran hutan yang sangat teruk.
datang hujan, hujan rintik selamat 5 minit.
hutan tidak dapat diselamatkan.
seorang pengusaha baju kurung bertungkus lumus menyiapkan baju kerana permintaan tinggi sempena musim perayaan.
kedai beliau hangus terbakar kerna kenakalan kanak-kanak bermain mercun.
beliau memandang dari jauh.
pasangan ini gembira mendapat anak sulung, 20 tahun lepas.
pasangan ini bersedih mendapat anak sulung mereka, 20 tahun kemudian.
seorang lelaki cuba memuaskan hati kekasihnya.
memberikan segalanya kepada beliau.
dan kekasihnya berhati batu.
dan melihat dari tingkap, kehidupan kau berlalu pergi meninggalkan kau.
Jumaat, Julai 24
bergadang jangan bergadang.
kau minat gnr? rugi tak tekan play. ini ialah rakaman ekslusif mereka. kau tak tengok, kau poseur.
p/s: terima kasih kepada cik noryoul elia fatimah kerana mengepost video metallica yang akhirnya membawa kepada video ini.
Isnin, Julai 20
Sabtu, Julai 18
ming heng magazine.
tadi aku tengok tv1. channel yang kalau part berita tu dia punya anchorman dan anchorwoman mekap macam mayat. ada talkshow dan topik dia pasal bapok la lebey kurang. dan aku terus terfikir.
mengapa seorang itu yang dilahirkan sebagai seorang lelaki, ingin menjadi bapok. dan jika benarlah yang itu bukan kemahuan mereka, tapi kalau dah kat diri sendiri tu 100% lelaki, dan mereka tahu kalau jadi bapok akan di kutuk masyarakat, kenapa nak jadi bapok gak?
macam tadi ada satu pemanggil cakap dia dari kecik dah ada naluri lembut. dia pernah masuk taekwondo, silat dan benda-benda yang orang laki suka buat. tapi akhirnya apa yang dia suka? kelas menari dan kelas menyanyi.
pelik wei. bagi aku la kan. geng-geng bapok ni kan. kena didik dari budak-budak lagi. konon la kan macam kau dah ada anak pastu kau perasan anak kau tu macam ada sotong lepak kat tangan dia kan(dah start nak jadi lembut la kira), apa kata kau start train anak kau latihan komando. bagi stok yang kalau silap bagi terajang.
aku rasa lama-lama kena boleh hilang kot naluri lembut dia. aku rasa la.
tapi la kan, kalau buat camtu kan, kau rasa naluri lembut dia boleh hilang ke? ke naluri lembut dia merebak menjadi naluri gay equipped with badan sasa stok latihan komando oleh bapak sendiri? bukan lagi seram ke kalau camtu? selama ni gay stok kecik-kecik tak lama lagi gay stok sazali samad. cuak wei. hotak dia la wei.
so camne? kau rasa masalah bapok(dan gay) boleh habis ke? entri ni aku update sebelum tidur. so pardon my keteraburan bahasa dan ejaan. aku memang malas amek tau.
Rabu, Julai 8
A Trend or A Fad?
when we talk about malaysian youth's culturism, most likely we think about trends. a trend of SLR camera, a trend of shuffling,a trend of hip hoping, a trend of "indie"pendent, a trend of gothic and so on. does we ever think that the trends were just a fad?
basically, a trend is an interest to change. when we talk about change, it is a long term change. a trend can be good and can be the other way.
for example, a trend can be in term of revolutionism. one spark of revolution create a major revolution throughout the world.from the french and europe to the american. their fighting for their life for a change. it goes on for hundreds of years.
people fighting to be given a freedom of speech and a freedom to live. like african-american fight to have a right to vote with Martin Luther King Jr and Malcolm X are their greatest pioneers. this is a real trend.
but, can a trend be included in a fashion and entertainment? or is it just a fad? what is a fad?
a fad is a craze or a phenomenon for a very short time. a fad usually used in the fashion industry where fashion change every seasons. so, it is not a long term change. therefore, an interest which is not long term is just a fad.
the question now, do the youths know that they follow a trend or a fad?
people usually thinks that Malaysian's youth will never have a true or a permanent interest or trend. but do they know the difference between trend and fad?
do the youth also know that?
do ever Malaysian youth will ever have a trend?
maybe they are still young to understand, only know just to have fun.
are we following a trend or a fad to live?
Ahad, Julai 5
Khamis, Julai 2
tot tet tot te tot!
tak paham la wei.
apsal semua orang cakap transformers best gile? ke aku sorang je yang tak suke cite ni?
Langgan:
Catatan (Atom)