Selasa, November 18

urban.


orang malaysia, golongan penonton tv yang mempunyai peningkatan cepat hari demi hari. dan sebenarnya, kemunculan tv sedikit sebanyak mengubah cara hidup orang malaysia.

apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan? begini.

kau pernah tengok siri Gossip Girl, The O.C, dan lain-lain?(maaf, aku memang tidak update tentang siri drama amerika, bosan. cuma satu saja, Flight of the Conchords). apa kau rasa selepas menonton siri tersebut? terasa nak jadi hot dan kaya, kan?

kalau kau seorang rakyat malaysia tipikal, ini yang akan berlaku pada kau. kau akan mula menukar cara pemakaian, mula menggunakan perkataan "i" dan "u", cara bermekap, semua perempuan mahu menjadi kurus dan lelaki mahu mendapatkan "v shape", akan mula mengunjungi kedai barangan berjenama(topshop, sebagai permulaan), mula berasa ingin mengunjungi kelab malam, mahu aneroxia nervosa tapi malu, kamu akan suka bergambar, kedai mamak dan gerai melayu bukan keutamaan untuk makan, dan keyakinan diri kamu semakin tinggi. owh ya, dan kamu akan mula menggunakan perkataan "i" dan "u". eh, terulang ayat yang sama.

dan apa yang kelakarnya? semalam, aku berjumpa golongan demikian. dan seperti biasa, golongan ini akan merasakan diri mereka hot, maka memandang aku seperti aku ini golongan bawahan. dua orang lelaki dan seorang perempuan. semuanya bermuka angkuh, memakai hoodie yang di beli dari topshop(kedai over rated separa ekslusif) dan paling kelakar, memakai shades di waktu malam. mereka berjalan menuju ke kereta kancil ex660 model lama, menghidupkan enjin dan terus menghilangkan diri. tertera pelekat kereta di belakang, "UITM di hatiku" bersekali dengan pelekat satu lagi jenama over rated separa ekslusif, quiksilver dan roxy.

kalaulah mereka tahu yuran belajar mereka di Uitm untuk keseluruhan semester mereka lagi murah dari yuran belajar aku selama satu semester di tempat belajar aku, dan mengetahui tempat belajar aku tiada pinjaman seperti tempat belajar mereka, mesti mereka ingin berkawan dengan aku. atau pun setidak-tidaknya meminta pelekat kereta tempat belajar aku untuk menggantikan pelekat kereta mereka.

6 ulasan:

Amanitium Cho berkata...

dan akhir sekali, orang-orang yang normal dan tidak poseour juga terlibat apabila kau memilih untuk menaip uitm di hatiku...

IaM Bloggerz berkata...

haha...dan aku menggelakkan kawan aku cho yg tidak terlibat apabila enkau menaip uitm dihatiku...hahha

Bok berkata...

ko paham kan cho ape yang aku cube ceritakan dlm cerita aku tu? orang spt ko tdak terlibat. golongan mischa barton dan zac efron je yang terlibat.

AkuKopiKauSiapa? berkata...

haha..
golongan ini semua mmg cilaka.
seperti yang aku hairankan.
mengapa mereka jadi begini?

damn u bok berkata...

sial la bok ako pn mintak kot sticker kao..damn..

Bok berkata...

takpe pali. kau seekor boomer. kau tak join team hot. maka kau dikecualikan dalam cerita ini.