untuk seseorang.
sudah lama aku mengenali kau. kau memang gah. ramai kagum melihat kau. tanyalah sesiapa pun tentang kau, semuanya memberi respon kagum sehingga berbogel. kau idola kepada beberapa kaum. kau raja segalanya.
aku kenal kau. aku kenal kau sejak dari kau tersungkur. dan aku juga tersungkur. dan kita sama-sama bangun dan berlari bersama. tapi kaki kau memang lemah. kau seringkali tersungkur lagi. dan aku sering memberi tangan untuk kau paut. bukan kerna aku gay, cuma aku sayangkan kawan.
dan kawan sebenarnya datang dengan pelbagai jenis dan ragam. dan aku kini sedang memerhatikan kau. aku memerhatikan setiap evolusi kau. aku tahu kau masih ingat zaman dahulu. zaman di mana ketika kereta kau rosak, ketika kau tiada duit untuk hidup, ketika kau tiada rokok dan aku terpaksa membuat muka ikhlas membiarkan rokok aku di pau oleh kau satu persatu,ketika kau merosakkan anak dara orang, ketika orang yang kau rosakkan bunting, ketika kau melarikan diri dari gadis kau yang baru, ketika kau kebosanan dan mula mencari aku, ketika kau deffcnnacacdv;fvarj'a vjav n' v df(aku sudah malas untuk bermetafora.)
dan sekarang, pabila kau sudah senang. pabila kau sudah berkenalan golongan-golongan elit dan indie(tapi tangkap gambar dengan dslr guna auto focus), kau hilang. kau sudah kehilangan phone dan kehilangan semua nombor phone kawan-kawan kau. kau sudah tiada masa untuk berjumpa kawan-kawan lama kau yang dahulu ketika kau susah , kami senang dan ketika kau senang, kami juga senang. dan menariknya, kau menikam belakang aku. kau mengagumkan aku.
kau mesti ingat, aku( dan kami semua) amat mengenali kau. dan kami kuat berdendam, dan dendam itu adalah satu nikmat. dan nikmat hidup aku ialah melihat kau, tersungkur di atas jalan, sambil sebuah lori minyak melanggar badan kau. dan jika kau masih bernafas, bersyukurlah kerana aku masih ingin lihat kau melangkah.
dan seorang lelaki melayu itu memang lemah dan mudah lupa.
Khamis, Oktober 23
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan