Jumaat, Oktober 31

semak.


aku mendapat mesej ini dari akaun friendster aku. beliau ialah seorang perempuan yang aktif dan mencintai muzik. dan mesej beliau berbunyi begini:

"COMMON CHAOS" Gig!

Bands:
Braindead, T.B.K, Second Combat, Morggorm, Restraint, Whispering Amok, Cassandra, Heterodox, Incarnation, Suzsbriea, Naratu

Date: 8th Nov 2008

Venue: One Cafe, Jln Silang, KL

Ticket: RM20

dan beliaulah yang organize gig ini. gig metal ni bai. sekarang ni bersepah gig indie. gig metal dah macam minoriti. sedangkan sebelum indie naik, korang cuba la pergi mcpa hall depan stadium merdeka tu, selalu je ada gig metal. sekarang? bersepah budak indie berkamera dslr menangkap gambar kawan-kawan yang berposing paris hilton sambil menggunakan auto focus.

aku bukanlah anti indie. aku dengar semua jenis muzik. dan aku merasakan ian curtis dan thom yorke adalah genius. cuma aku pelik, kenapa sekarang ini baru budaya indie nak naik? aku memang tak paham. aku rasa, remaja-remaja di malaysia semuanya tipikal. gemarkan benda yang over rated.

biar aku rumuskan ketipikalan remaja-remaja di malaysia ini selama aku hidup. kita mulakan dari zaman aku mula mengenal muzik. ketika zaman kurt cobain mati. selepas 1994, semua orang nak jadi grunge. dan seperti biasa, band-band grunge yang famous sahaja yang menjadi bualan remaja ketika itu.(alice in chains, pearl jam, nirvana of course, soundgarden, mudhoney sekadar beberapa nama. aku tahu pasal benda ini dari abang aku. aku ketika itu baru berumur 8 tahun. dan aku gilakan nirvana ketika itu. haha gila ironi.)

lepas itu zaman boyband. ermm. kenal backstreet boys? nsync? five? 911? kalau kenal maka kau juga pernah berada di zaman kegawatan ekonomi di malaysia dulu.

kemudian zaman hiphop. erm aku tak nak komen zaman ini sebab aku pernah terkecimpung di zaman ni sekejap. waktu zaman hip hop naik, dr dre masih menyanyi lagi. sekarang dia dah buncit.(walaupun dulu pun dah buncit). limp bizkit pun naik ketika zaman ini, dan aku pun terus murtad hiphop dan berkecimpung dalam arena rapcore sekejap. biasa lah, aku kan poseur.

kemudian, linkin park. band yang paling membawa pengaruh terbesar di arena keremajaan akil baligh remaja ketika sekitar tahun 2000. semua nak jadi mike shinoda dan chester bennington. semua dah pandai rapping. aku balik kampung pun ramai budak kampung dah pandai sembang bahasa inggeris dengan aku. padahal sebenarnya guna lirik lagu 'crawling'.

lepas tu, kemunculan band my chemical romance. ramai kanak-kanak menjadi emosi. semua nak mekap macam mayat. semua nak buat rambut tajam-tajam. semua nak jadi gerard way. aku pergi time square pun aku rasa macam dalam bilik mayat. tapi mengagumkan, di time square ada mayat bersayap dan berpayung dan pakai coat. mesti dorang ingat mati nanti pakai coat. salah tu kanak-kanak semua. korang mati nanti pakai kain kapan yang warna putih tu. lain la kalau kau bukan beragama islam.

dan sekarang zaman indie. erm. kau tengok sendiri la sekeliling kau. budak bilik/rumah kau pun boleh jadi budak indie. keluar rumah pun boleh jumpa budak indie. pergi pasar malam pun boleh jumpa budak indie. bosan. aku bosan.

apa-apahal, tahniah kepada engkau, cik didgeridoo, kerana berjaya menarik hati aku untuk kembali berpogo bersama-sama. dan kepada budak-budak indie, lepas ini trend apa pula? dangdut?

Tiada ulasan: