Rabu, Oktober 29

keldai.


apa yang patut kita lakukan pada seseorang yang bebal dan benak? aku seringkali berjumpa dengan golongan seperti ini. dan aku memang tak tahu nak layan mereka.

ada juga golongan bebal sombong. contoh: kau marah dia kerana dia menganggu kau, dan dia tetap menganggu lagi, tapi bila perkara itu berlaku pada dia, dia akan marah melampau-lampau. capisce?

dan kini aku berhadapan dengan golongan bebal sombong. dan entri ini, bagi aku amat membosankan.

Sabtu, Oktober 25

sedut.


aku pengguna servis maxis broadband. setiap bulan, aku dikerah untuk membayar rm130 hanya untuk memastikan aku dapat online seperti orang lain. dan aku bukanlah seseorang yang kau boleh jumpa di starbucks atau di hartamas square, membawa laptop sambil melayari friendster, facebook dan apa-apa lagi laman web yang kononnya bertujuan mencari kawan, tapi niat untuk mencari jodoh, semata-mata untuk mendapat bekalan internet percuma.

nak tahu apa yang aku dapat dengan harga rm130? internet connection yang macam puki.

Khamis, Oktober 23

tanpa tajuk.

untuk seseorang.

sudah lama aku mengenali kau. kau memang gah. ramai kagum melihat kau. tanyalah sesiapa pun tentang kau, semuanya memberi respon kagum sehingga berbogel. kau idola kepada beberapa kaum. kau raja segalanya.

aku kenal kau. aku kenal kau sejak dari kau tersungkur. dan aku juga tersungkur. dan kita sama-sama bangun dan berlari bersama. tapi kaki kau memang lemah. kau seringkali tersungkur lagi. dan aku sering memberi tangan untuk kau paut. bukan kerna aku gay, cuma aku sayangkan kawan.

dan kawan sebenarnya datang dengan pelbagai jenis dan ragam. dan aku kini sedang memerhatikan kau. aku memerhatikan setiap evolusi kau. aku tahu kau masih ingat zaman dahulu. zaman di mana ketika kereta kau rosak, ketika kau tiada duit untuk hidup, ketika kau tiada rokok dan aku terpaksa membuat muka ikhlas membiarkan rokok aku di pau oleh kau satu persatu,ketika kau merosakkan anak dara orang, ketika orang yang kau rosakkan bunting, ketika kau melarikan diri dari gadis kau yang baru, ketika kau kebosanan dan mula mencari aku, ketika kau deffcnnacacdv;fvarj'a vjav n' v df(aku sudah malas untuk bermetafora.)

dan sekarang, pabila kau sudah senang. pabila kau sudah berkenalan golongan-golongan elit dan indie(tapi tangkap gambar dengan dslr guna auto focus), kau hilang. kau sudah kehilangan phone dan kehilangan semua nombor phone kawan-kawan kau. kau sudah tiada masa untuk berjumpa kawan-kawan lama kau yang dahulu ketika kau susah , kami senang dan ketika kau senang, kami juga senang. dan menariknya, kau menikam belakang aku. kau mengagumkan aku.

kau mesti ingat, aku( dan kami semua) amat mengenali kau. dan kami kuat berdendam, dan dendam itu adalah satu nikmat. dan nikmat hidup aku ialah melihat kau, tersungkur di atas jalan, sambil sebuah lori minyak melanggar badan kau. dan jika kau masih bernafas, bersyukurlah kerana aku masih ingin lihat kau melangkah.

dan seorang lelaki melayu itu memang lemah dan mudah lupa.

Isnin, Oktober 6

from cairo with love.


aku baru lepas membaca novel. novel itu bertajuk Ayat-Ayat Cinta. novel ini ditulis oleh Habiburrahman Saerozi, seorang pelajar Universiti Al-Azhar. ya, aku tahu. novel ini telah dijadikan filem dan mendapat sambutan di Indonesia. dan sempena hari raya aidilfitri, tv3 ada menayangkan filem ini juga. dan aku juga tahu, novel ini sebenarnya dah lama wujud di dunia ni, tapi suka hati aku la kalau aku baru nak baca sekarang. isk.

aku sebenarnya tak paham macam mana aku boleh terfikir nak baca novel ini. sebab aku secara amnya, memang tak suka membaca. aku ialah insan yang susah tidur. benzodiazepines aku ialah buku.(tak tahu apa itu benzodiazepines? sila google.) namun, novel ini lain macam. novel ini tak buat aku mengantuk. dan mengetahui bahawa novel ini ialah sebuah novel cinta membuatkan aku merasa kagum. sebab aku benci novel berunsur cinta. aku rasa ahadiat akashah layak dipijak beramai-ramai. tapi, (diulang lagi sekali) novel ini lain macam.

aku tidak akan menulis reviu untuk novel ini. sebab aku nak korang baca sendiri novel ini. jangan tengok yang versi filem sebab kalau diikutkan logik, mana boleh kau nak ringkaskan sebuah novel untuk tontonan selama 2 jam? tak dapat jack.

kesimpulannya, aku suka novel ini. ia memberi aku keyakinan. keyakinan bahawa setiap lelaki itu, boleh kahwin lebih dari satu. bagus.

Ahad, Oktober 5

spice girls urdu.


aku baru balik dari kampung. sebenarnya aku dah lama tak balik kampung. aku tak tahu mengapa, aku memang malas nak balik kampung. dah macam lebih kepada satu penyakit. tapi tahun ini, sampai juga aku di kampung.(atas desakan ibu bapa yang mengancam untuk menarik elaun sara diri aku kalau aku tak ikut sekali balik kampung dengan mereka.)

kampung aku terletak di pulau pinang. dari kuala lumpur ke pulau pinang mengambil masa lebih kurang 4 jam. aku memandu kereta. penumpang semua tidur. lagu raya bertukar menjadi simfoni orkestra dengkur.

sesampainya di sana, aku berhenti di queensbay mall, di pulau jerejak untuk berbuka puasa kali terakhir terakhir dalam tahun ini. tempat ni agak menarik untuk dikunjungi. macam one utama. banyak kedai berjenama di sini, dari kedai jahit wong chun kepada gucci. aku agak terkesima dan kagum melihat perubahan di pulau pinang. kali terakhir aku datang sini dulu, jenama paling hot ialah kasut wira. dulu adik saudara aku suka berlagak dengan kasut wira. aku pakai kasut spark. aku lagi hot.

seorang lelaki normal suka melihat gadis(perkataan gadis sudah tak relevan di zaman sekarang). itu ialah lumrah hidup. maka aku melakukan pemerhatian aku di sini. aku pelik. di sini, gadis yang hot kebanyakannya memilih lelaki yang bermuka yasin senario, memakai baju besar belang-belang, topi keras, levis siam@thailand dan kasut but besar(baca=rempit). dan gadis yang tak berapa hot, boyfriend ada muka. untuk seketika aku mengalami kejutan budaya. damn!

aku sedang berbuka puasa apabila aku melihat satu kumpulan gadis sedang mencari meja. lagak mereka boleh tahan gedik sampai rasa nak pijak muka dorang. tak ubah macam sesetengah gadis-gadis di kuala lumpur yang perasan hot dan kaya dan buat muka sombong lepas tu bila dah jumpa geng, sembang kuat bajet shopping complex tu bapak dorang yang punya sedangkan bapak jadi driver bas sekolah. aku kenal seseorang yang begini. dan aku benci dia, dan orang-orang macam dia. berbalik pada cerita asal, sedang mereka mencari meja, aku melihat gaya mereka. aku rasa diorang ni baru nak jadi geng-geng tersebut. cuma aku rasa diorang ni, lagi kelakar. ciri-ciri diorang ni dah sama dengan apa yang aku nampak kat kuala lumpur, tapi disebabkan faktor kulit yang gelap dan menempek bedak yang tebal tapi kantoi leher dan tangan hitam buatkan aku rasa diorang ni kelakar. owh ya, kau rasa eyeshadow hijau pekat dan lipstik merah menyala sesuai ke? sebab geng diorang ni semua make-up begitu. dan tambah juga tshirt guess by marciano dari thailand.

aku berada di kampung selama 4 hari. dari pulau pinang ke kuala lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam. aku memandu kereta. penumpang semua tidur. lagu raya bertukar menjadi simfoni orkestra dengkur.

*ralat=perkataan "levis kelantan" tidak afdal digunakan dan telah ditukar kepada "levis siam@thailand". maaf atas segala kesulitan. terima kasih kepada am3 kerana menegur.