Jumaat, Disember 26

owhhh samad.


aku sekarang di landa penyakit misteri. dia macam demam, tapi macam tak demam. dan badan aku naik ruam-ruam yang hodoh. dan aku rasakan sendi-sendi aku ni sakit. penyakit apakah itu?

hmm. fuck.

semalam aku ke ioi mall di puchong. ingin menonton wayang. kat sana wayang murah. cuma rempit bersepah. biasa lah tu. dalam kuala lumpur dan selangor, semua tempat ada rempit. hari tu aku lalu sebelah tadika sri ayu, ada budak tadika ni, menaiki basikal 3 roda sambil berposing superman. kedengaran kanak-kanak itu membuat bunyi motor rxz versi suara belum pecah. aku kagum.

berbalik pada cerita asal, sesampainya aku di wayang aku beratur untuk membeli tiket. terdapat 3 barisan di kaunter tiket. aku berada di barisan tengah. sambil menunggu datang 3 orang wanita, berusia linkungan 18-20, beratur di barisan sebelah aku. aku melihat mereka dan mereka melihat aku. mungkin kerana bangga kerana ada orang melihat, mereka, masing-masing membuat muka urban kaya sombong bangga bajet hot. tapi malang. pakaian mereka. pakaian yang mereka pakai, versi uptown danau kota. sambil memandang mereka, aku gelak sedikit. mereka memandang aku dengan perasaan "duhh luk at dis gai. isk so miskin but then gelaks at us. eiiiuuuu benci tau. kite ni dah la hotties y'all".

begini. aku bukannya nak mengutuk golongan yang memakai pakaian uptown. aku sendiri pun beli baju dari uptown. dan aku lagi berminat membeli baju bundle yang kadang-kadang harganya rm5 sehelai.

tapi.

agak-agak la wei. perlukah kau, memandang aku dengan pose "aku ada boifren anak dato tan sri sultan" sambil memakai seluar jeans guess yang memang diyakini cap siam, selipar jepun versi awek rempit, beg guess benang terkeluar dikhuatiri dari siam juga, dan baju tshirt bergambar pooh? satu lagi, cermin lah muka. banyak sangat bedak tu. korang datang pawagam nak tengok wayang, bukannya nak berlakon opera cina. duhh!

nota kaki: alfatihah kepada abdul samad, ikan laga belaanku yang berjaya membunuh diri dengan cara melompat keluar dari akuarium. aku sentiasa merinduimu. tempat tinggalmu akan ku gantikan dengan ikan toman kecil. aku nak namakannya, abdul samad jr.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hyelo blogger ,

one Q here !

ok ..
if a guy pandang to a girl . why shouldn't the girl look back n then turn back ? becoz she's shy maybe ? n bukannye sbb die berlagak ke ape .

y guy always think so negatively bout girl but end up their life by married to the girl ? pelik kan ?

Bok Aizad berkata...

erm begini. memang betul ada sesetengah yang jika malu dan tersipu2 lalu memandang tempat lain. tp aku tau, dan aku boleh bezakan pandangan wanita ni. kita boleh tau either dia tgh malu or sedang ingin menjadi paris hilton. pandangan paris hilton lebih menjengkelkan.

berkenaan soalan kedua. lelaki ada ego. dan lelaki golongan yang bangga dengan jantina mereka dan selalu tidak menerima pandangan golongan perempuan. but at the end of the day, mereka tetap kena berkahwin dengan perempuan. kerana memang benar, perempuan menyempurnakan lelaki dan vice versa. jika berkahwin dengan lelaki maka perkara itu sudah menjadi pelik dan perkataan gay tercipta.

Tanpa Nama berkata...

hehe :)
nway , i love ur blog ! siyesly i like the way u wrote it .

blogging la lagi . suka sgt nak bace . kalakar n sinis . i love ur blog more than 'akukopikausiapa' cuz the way u wrote it , that sumtimes ask ppl to think deep hard .

nice blog , nice story n nice to know u too ! (even not so recognize :) )

Bok Aizad berkata...

mekaseh2. owh terharu~

Tanpa Nama berkata...

okie ! bile mao blog new post ni ?
jgn kuar umah la . duduk cari idea k ? hahahaha ! my sesuka ati jew !