Isnin, Jun 7

main cirit.

dulu bukan main sembang kata nak update tetiap hari.

heh. update my ass. same gak sembang tip top.

Rabu, Jun 2

dunhill.

haaah! mula lah tu nak boikot barangan dari us ngan israel.

pastu lepas 2-3 bulan pakai balik. semangat tak kental betul.

oh lupa. barulah malaysian.

Selasa, Jun 1

musang.

aku sedang membakar sebatang rokok luffman virginia blend. untuk mendapatkan tempo dan ritma. aku sedang berada dalam keadaan halusinasi. seperti berada di dalam roller coaster.

andaikan satu hari nanti, sebuah bom atom jatuh di kuala lumpur, adakah anda masih terasa mahu shuffle dan menyokong manchester united?

andaikan satu hari nanti, pembunuhan besar-besaran berlaku di kuala lumpur atas sebab perebutan kuasa, adakah anda masih terasa mahu lepak sap kok lu di kedai mamak dan ke private party?

aku mula berasa pelik. umur sudah meningkat, tapi terdapat sebiji jerawat besar tumbuh di pipi. adakah aku semakin awet muda sweet sixteen? ataupun darah aku semakin kotor kerana longgokan toksin dan tar di dalam badan?

aku selalu mendengar perkataan "you are the girl of my dreams" dikatakan kepada awek/gundik/skandal masing-masing.

andaikata, esok malam kau bermimpi perempuan yang lain, adakah perempuan sebelum itu tetap menjadi relevan?

ada orang cakap kat aku, hidup ini, simboliknya macam taik. "life's a shit" bak kata kanak-kanak rebel lepas sekolah. walau macam mana kau lari, tetap akan ada masalah menanti. ibarat taik. camne pun kau jijik, bila kau berak, kau akan nampak taik. kau akan bau taik kau. jangan nak sembang best bajet-bajet taik kau wangi. dan sepanjang hidup kau, selagi kau boleh berak, selagi tu lah kau akan jumpa taik.kalau kau tak pam, nanti jadi lagi jijik. kalau kau pam, taik hilang. heh.

dan samalah dengan hidup dan masalah.

cheerio.

Isnin, Mei 31

Wookie.

ahhh baru bangun tidur!

cis berhabuk.

Isnin, Mei 3

entri bernoktah.

kerispatih - mengenangmu

Tak kan pernah habis airmataku,
Bila ku ingat tentang dirimu,
Mungkin hanya kau yang tahu,
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah di sana kau rindu padaku,
Meski kita kini ada di dunia berbeda,
Bila masih mungkin waktu kuputar, kan kutunggu dirimu

Chorus:
Biarlah ku simpan, sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku, kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi


aku ingin menyampaikan hasrat ku di sini bahawa aku sudah meneruskan perjalanan blog ku sendiri. ini kerana blog aku sudah lama kesepian tanpa sebarang penulisan. dan keputusan ini juga di buat tanpa ada pengaruh luaran atau orang ketiga, keempat, kelima mahupun ke seratus. dan kenyataan ini tiada kena mengena atau kesinambungan dengan orang yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

terima kasih pada yang memberi sokongan selama ini.

maaf ya encik bok, encik makanbudak, dan encik hatikudus.

salam ikhlas dari Fit.