Selasa, Disember 30
bollocks.
baru-baru ini, kawan aku kemalangan. situasi kemalangan itu agak teruk. kawan aku, Iz, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di shah alam. oleh kerana mengantuk kerana malam sebelumnya pergi berjoli, beliau yang sedang memecut antara 90-110 km/j, terbabas ke pembahagi jalan, kemudian terlanggar lori di depan, kereta berpusing 360 darjah, kemudian dilanggar sebuah lori yang datang dari belakang.
kereta beliau bergolek 3 kali, dan akhirnya berhenti dengan keadaan keretanya terbalik. namun, beliau terselamat dalam kemalangan itu.
aku bertanya kepada beliau tentang kemalangan yang berlaku. beliau berkata salah satu punca beliau hidup kerana memakai tali pinggang keledar. dan kata beliau lagi, orang malaysia memang ambil berat tentang apa yang berlaku sekeliling.
Iz: kau tau bok, mase kete aku terbalik tu, time aku tgh bergelut nak kuar dari kete tu, skali datang apek cina dekat kete aku.
aku: die tolong kau kuar kete ke?
Iz: tak ah. die bawak kuar hp berkamera dia, snap gambar nombor plat aku pastu terus blah.
aku: gampang. bestu skrg takde kete camne ko nak pegi keje?
Iz: ntah la bai. aku pun tgh kusut ni. takkan aku nak kene beli kete baru lak. mane ade duit bai.
aku: sabarlah.
Iz: baiklah.
2 minggu kemudian, kereta aku kemalangan. kemalangan kecil. bumper depan kereta aku pecah. aku hantar ke bengkel dan kereta aku terpaksa di tahan sehari. hampa.
esoknya aku ingin mengambil kereta aku. aku tiada kenderaan untuk pergi ke bengkel itu. kawan-kawan semua sibuk dengan komitmen masing-masing. peluh dingin mula mengalir. aku mula memaki diri sendiri. tiba-tiba, datang sebuah kereta berwarna biru metallic dan berbau kedai, berhenti di depan aku yang sedang dalam keadaan peminta sedekah.
Iz: ko ni dah kenape berdiri tengah jalan sorang-sorang ni?
aku: aku nak kena pergi workshop dowh amek kete aku, tapi transport takde. eh jap, ni kete sape lak ko pau ni?
Iz: owh, aku baru beli kete ni. jom la aku anta ko. elok-elok sket, kete baru ni. aku tanak la kete baru aku ni kotor sbb ko naik comot-comot.
aku: mekaseh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
kereta biru metallic tu no plat die ape ? mane tao kalo jumpe tepi jaln . ley mintak tumpang . nak rase gak nek kete baru ! :D
anda seorang kawan yang prihatin. maka kawan anda pun prihatin terhadap anda..
kepada name me anything :) - tak boleh la nak bagi no plate, nanti dia menjdadi femes pastu masuk majalah mangga. kesian dia nanti.
kepada *i.am.me.for.myself* - aku juga berfikiran begitu. haha
Catat Ulasan