Ahad, Disember 21
stairway to heaven.
aku mempunyai masalah. masalah yang melanda kebanyakan golongan lelaki seluruh dunia. jika kau berfikir tentang masalah yang boleh diubati dengan iklan-iklan seperti "100% spring return!" dan penggunaan sensaoil, kau silap. bukan masalah itu.
aku ketagih rokok. aku ketagih nikotin.
ya, itu masalah aku. aku tidak mahu lagi masalah ini. aku marah, lalu aku genggam tangan, sambil memandang tangan yang digenggam itu, menghela nafas lalu berkata "cukuplah. cukup semua ini."
lalu, kini sudah genap seminggu, aku tidak menghisap rokok. aku gantikan dengan rokok daun. salah satu cara untuk berhenti ialah dengan bertukar kepada rokok daun. rasanya agak pukimakharamjadah tapi dengan kesungguhan dan motivasi yang kuat, aku gagahi jua.
*************************************************************************************
semalam, mak aku ke langkawi. aku kirim dia belikan 3 karton dunhill merah.
gila babi kau, mana boleh tahan!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan