Isnin, Disember 22
rm 1.80
aku antara golongan yang bersyukur kerana harga minyak turun. kalau tak sebelum ini, aku isi minyak sambil mengelap air mata dan hingus yang meleleh jatuh ke lantai stesen minyak. kereta aku dah lah pelahap. menggunakan prinsip "telan selagi boleh", kereta aku benar-benar menguji kesabaran aku ketika krisis harga minyak rm2.70/liter dulu.
sekarang, harga sudah murah. kalau isi rm10 pun dah boleh jalan-jalan pergi mamak. kalau tak, rm10 tu buat panas enjin dan main reverse-reverse. bila keadaan sekarang makin tenang dengan harga minyak yang menggembirakan poket, aku teringat kejadian ini yang berlaku ketika harga minyak diumumkan rm2.70/liter.
R: kepale hotak kau bodoh! harga minyak sekarang dah rm2.70 seliter kau tau tak??(sambil memegang venti cup Chocolate Frappuccino keluaran syarikat kopi mahal)
aku: ye ke? betul ke ni?
R: ye dowh. tadi aku dengar berita kat radio. macam sial je harga.(sambil meneguk Chocolate Frappuccino dengan muka riak)
aku: babi la camni. nak sikit air weih.
R: amek r.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan