Jumaat, November 13

siri bercakap dengan jin: jin handphone.

ya. kembali lagi di dalam siri bercakap dengan jin. pada siri yang lepas, kita bercerita tentang jin lighter yang amat menyeramkan. pada hari ini, kita akan bercerita tentang jin yang lain, jin handphone.

ikuti ceritanya.

si B baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya. badan beliau luka-luka dan kulit tangannya terkoyak di bahagian siku. kemalangan motosikal. dan kebetulan si B akan menghadapi final exam pada keesokan harinya. dengan tangan yang luka, badan penuh luka, memang satu dugaan terbaik untuk mengambil final exam.

keesokan harinya, selepas exam, si B pulang ke hostel. badannya memang penat. sangat penat. dia amat memerlukan rehat. selepas bermesej dengan aweknya, dan menghubungi bapanya untuk meminta bapanya mengambilnya pulang ke rumah, dia meletakkan handphonenya di sebelah bantalnya lalu tidur. dengan lena.

B dikejutkan apabila dia terperasan ada seseorang di biliknya. dia membuka mata dan melihat kelibat seorang lelaki di depannya. kemudian baru dia perasan bahawa itu ialah kawannya, si E. B menegur E tapi E seperti dalam keadaan tergesa-gesa. kemudian E keluar dari rumah. si B berasa pelik tapi membuat tidak peduli.

kemudian B mencari handphonenya untuk menghubungi bapanya. pelik, handphonenya tiada di sebelah bantal. B terasa bingung. lantas di carinya di seluruh bilik. tidak dijumpai. kebetulan bapanya pun sampai. bapanya memarahi B kerana tidak dapat mnghubunginya. B pun berkata dia tidak menjumpai handphonenya. bapanya pun memahami.

pada minggu kemudiannya, si B terdengar perbualan dari seorang kawannya.

"wei B, ko tau, si E dah tukar handphone dowh. memang sibijik macam handphone ko yang hilang aritu. aku tau ko ade buat tanda kat handphone ko tu. hah tanda tu pon ada. ko tak rasa pelik ke?"

ya. kami semua berasa pelik. bagaimana si E secara tiba-tiba menukar handphone. dan bagaimana handphone itu boleh kebetulan sama dengan handphone si B yang hilang? pelik, bukan? dan apa yang si E buat ketika si B sedang tidur? adakah itu ialah si E, ataupun jin yang macam setan?

bagaimana? amat seram, bukan? bertemu lagi di siri bercakap dengan jin yang akan datang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

he3...
best2...

ed berkata...

mcm sial...haha