Selasa, November 17

mode : belang tarung


dalam hidup korang penah ada hari yang paling sial? hari paling sial tu mungkin korang kene xcident ke, handphone ilang ke, kene marah ngan awek korang ke, clash ngan awek ke, jumpe pocong ke, tersandung batu pastu jatuh terkangkang depan sekumpulan awek ke, korang lepak kat hartamas dengan muke belagak kaye pastu tetibe korang baru perasan zip seluar tak tutup sejak dari rumah ke, ade kan?

pastu pulak yang lagi menambah sial nye kalo korang kene nasib malang 3,4 kali dalam satu hari. memang rase x bole blah kan? mesti korang rase cam nak g bunuh diri ke, pukul orang ke, koyak2 kan teddy bear adek korang ke, pau aiskrim budak kecik yang kebetulan lalu kat sebelah korang ke, g sepak budak2 emo ngan indie yang baru nak up mase dorang tgh shuffle kat belakang timesquare ke, korang mesti rase nak buat camtu kan? kan? kan?

aku pulak tgh rase nak g sewa sepang circuit tu pastu nak ajak mat rempit yang lepak kat tepi longkang belakang umah pakcik hamzah tu lumbe pakai basikal roda tiga. pastu sape kalah kene berlari keliling balai polis trafik jalan bandar dengan pakai spender je. spender tu pulak warna putih yang bercop " hak milik kerajaan ". pastu g cakap kat pakcik polis tu ko nak ajak anak die kawin kat siam. pastu kalo pakcik polis tu x kasi, ko ajak pakcik polis tu kawin. tapi kalo aku agak2 xde duit nak sewa sepang circuit tu ( ade pulak aku duit ), aku nak g jumpe bomoh mintak die jampi lecturer aku kasi die kene penyakit kusta sampai die pencen.

ape? puncanye? hah ape lagi. sebab result aku fail la. fak! ( cakap gaya rempit )

Kata-Kata Hikmah " Janganlah kita melupakan apa yang berlaku pada hari semalam. Kerana apa yang berlaku pada hari semalam tidak akan berlaku pada hari esok. Dan apa yang berlaku pada hari esok, tidak akan berlaku pada hari semalam. Kerana semalam dan esok tidak akan bertemu. Apa yang penting, kerjasama. "

2 ulasan:

Mak Su berkata...

salam ziarah

maksu suka nengok nenek kebayan isap rokok daun, selamba badak jer :), muka pun penuh keikhlasan dengan pengalaman hidup yang berharga.

Fit berkata...

oh mungkin sebab muka nenek kebayan memang menyerupai badak air sbb ada dua gigi je kat depan. satu pengalaman yang unik.