hai. nama saya joe. anda mungkin mengenali saya dari iklan2 di tv. ya, saya seorang model. saya menjalani hidup yang sempurna. banyak duit, popular, kacak, dan mempunyai model pakaian dalam sebagai kekasih.
kenal amber chia? bukan beliau. beliau hanyalah ex girlfriend saya dulu.
miranda kerr. ya. beliau lah. saya selalu ke australia untuk berjumpa beliau. kerana beliau tinggal di sana. tapi kini beliau sudah berpindah ke new york. terikat dengan victoria secret.
tapi ini bukan cerita pasal dia. ini cerita pasal aku. pasal joe.
kenapa aku ingin ceritakan tentang diri aku? sebenarnya, aku tiada sebab. aku terasa ingin menulis. tapi disebabkan aku ialah seorang model yang terkenal, maka aku merasakan anda mesti ingin mengenali aku dengan lebih dekat.
jika anda perasan, aku menggunakan perkataan 'saya' dan 'aku'. mulanya aku ingin seragamkan terus menjadi 'aku' sahaja, tapi poin utamanya ialah dalam bahasa melayu, kita boleh menggunakan 'saya' dan 'aku' untuk merujuk pada diri sendiri. dan mulai dari baris ayat ini, aku akan menggunakan perkataan 'aku' untuk merujuk pada diri aku.
aku dibesarkan di The Hague. di Netherlands. tapi, aku tidak pandai berbicara bahasa tempatan di sana. aku menggunakan bahasa melayu. pelik? jangan pelik. di sana ada penempatan orang melayu. aku tidak pernah keluar dari situ sehinggalah aku berumur 13 tahun apabila bapaku, seorang model seluar dalam Calvin Klein mendapat tawaran menjadi model minyak wangi one drop perfumes. maka kami berpindah ke Malaysia.
oh, aku masih belum bercerita tentang famili aku. bapaku, john, ialah seorang model seluar dalam. makku, katie, ialah seorang pelakon drama gred b di netherlands. aku mempunyai 2 orang adik beradik. kakakku, katy, penyanyi di new york dan abangku, john leguizamo, seorang tukang kasut. kami adalah satu famili yang bahagia, kemudian guruh berbunyi bila bapaku, ingin berkahwin lain. mak aku mengalami mental disorder dan kemudiannya membunuh diri menggunakan alat pemecah ais.
ok cukup pasal famili aku. aku berada di malaysia pada umur 13 tahun. dan aku bersekolah di sekolah antarabangsa fairview di jalan ampang. dan di situ, aku menemui cinta pertama aku.
beliau bernama bridget. seorang gadis dari amerika. berambut brunette. sebaya denganku.
pada ketika itu, handphone yang paling in ialah nokia n70. dan semua orang mempunyai n70, termasuklah aku dan bridget. dan kami juga mempunyai nombor telefon yang seakan sama.
kami benar-benar di lamun cinta. sehinggalah!
bersambung..
Sabtu, Oktober 10
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
aishh..mmg btol tgh bobok la bobok ni..
Catat Ulasan