Isnin, Oktober 12
public service announcement.
wahai rakyat malaysia.
saya, sebagai rakyat malaysia yang juga seperti anda, membayar cukai jalan, berharap agar anda semua, yang juga pemandu kenderaan, juga seperti saya, agar tidak menjadi terlalu prihatin apabila berlaku kemalangan di jalan raya, lebih-lebih lagi jika kemalangan itu berlaku di seberang jalan.
aku amat memahami, sebagai rakyat kelas sederhana, adalah penting untuk mengambil no plat kereta yang mengalami kemalangan, untuk tujuan spiritual, atau pun untuk tujuan memewahkan diri sendiri agar impian memiliki nissan 350z tercapai. namun, fikirlah tentang orang lain.
aku dan kau adalah pengguna jalan raya. aku dan kau juga mahukan keselesaan memandu di jalan raya. dan pembawa ambulans juga mahukan keselesaan memandu laju untuk menyelamatkan mangsa.
ingat. sikap prihatin melampau mengakibatkan kesesakan lalulintas. dan juga boleh mengakibatkan sebuah lagi kemalangan. dan apabila sebuah kemalangan lagi berlaku, maka kesesakan akan berganda. ambulans akan lambat sampai ke destinasi. bilangan kematian disebabkan kemalangan akan meningkat. kerajaan akan memaparkan statistik yang dahsyat di surat khabar. had laju kelajuan kenderaan di malaysia akan direndahkan. harga saman akan semakin tinggi. dan anda, sebagai rakyat malaysia, akan memarahi kerajaan anda sendiri disebabkan tindakan anda sendiri. owh ya, dan akan ramai mengunjungi kedai nombor ekor.
capisce?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan