Selasa, Disember 30
bollocks.
baru-baru ini, kawan aku kemalangan. situasi kemalangan itu agak teruk. kawan aku, Iz, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di shah alam. oleh kerana mengantuk kerana malam sebelumnya pergi berjoli, beliau yang sedang memecut antara 90-110 km/j, terbabas ke pembahagi jalan, kemudian terlanggar lori di depan, kereta berpusing 360 darjah, kemudian dilanggar sebuah lori yang datang dari belakang.
kereta beliau bergolek 3 kali, dan akhirnya berhenti dengan keadaan keretanya terbalik. namun, beliau terselamat dalam kemalangan itu.
aku bertanya kepada beliau tentang kemalangan yang berlaku. beliau berkata salah satu punca beliau hidup kerana memakai tali pinggang keledar. dan kata beliau lagi, orang malaysia memang ambil berat tentang apa yang berlaku sekeliling.
Iz: kau tau bok, mase kete aku terbalik tu, time aku tgh bergelut nak kuar dari kete tu, skali datang apek cina dekat kete aku.
aku: die tolong kau kuar kete ke?
Iz: tak ah. die bawak kuar hp berkamera dia, snap gambar nombor plat aku pastu terus blah.
aku: gampang. bestu skrg takde kete camne ko nak pegi keje?
Iz: ntah la bai. aku pun tgh kusut ni. takkan aku nak kene beli kete baru lak. mane ade duit bai.
aku: sabarlah.
Iz: baiklah.
2 minggu kemudian, kereta aku kemalangan. kemalangan kecil. bumper depan kereta aku pecah. aku hantar ke bengkel dan kereta aku terpaksa di tahan sehari. hampa.
esoknya aku ingin mengambil kereta aku. aku tiada kenderaan untuk pergi ke bengkel itu. kawan-kawan semua sibuk dengan komitmen masing-masing. peluh dingin mula mengalir. aku mula memaki diri sendiri. tiba-tiba, datang sebuah kereta berwarna biru metallic dan berbau kedai, berhenti di depan aku yang sedang dalam keadaan peminta sedekah.
Iz: ko ni dah kenape berdiri tengah jalan sorang-sorang ni?
aku: aku nak kena pergi workshop dowh amek kete aku, tapi transport takde. eh jap, ni kete sape lak ko pau ni?
Iz: owh, aku baru beli kete ni. jom la aku anta ko. elok-elok sket, kete baru ni. aku tanak la kete baru aku ni kotor sbb ko naik comot-comot.
aku: mekaseh.
Jumaat, Disember 26
owhhh samad.
aku sekarang di landa penyakit misteri. dia macam demam, tapi macam tak demam. dan badan aku naik ruam-ruam yang hodoh. dan aku rasakan sendi-sendi aku ni sakit. penyakit apakah itu?
hmm. fuck.
semalam aku ke ioi mall di puchong. ingin menonton wayang. kat sana wayang murah. cuma rempit bersepah. biasa lah tu. dalam kuala lumpur dan selangor, semua tempat ada rempit. hari tu aku lalu sebelah tadika sri ayu, ada budak tadika ni, menaiki basikal 3 roda sambil berposing superman. kedengaran kanak-kanak itu membuat bunyi motor rxz versi suara belum pecah. aku kagum.
berbalik pada cerita asal, sesampainya aku di wayang aku beratur untuk membeli tiket. terdapat 3 barisan di kaunter tiket. aku berada di barisan tengah. sambil menunggu datang 3 orang wanita, berusia linkungan 18-20, beratur di barisan sebelah aku. aku melihat mereka dan mereka melihat aku. mungkin kerana bangga kerana ada orang melihat, mereka, masing-masing membuat muka urban kaya sombong bangga bajet hot. tapi malang. pakaian mereka. pakaian yang mereka pakai, versi uptown danau kota. sambil memandang mereka, aku gelak sedikit. mereka memandang aku dengan perasaan "duhh luk at dis gai. isk so miskin but then gelaks at us. eiiiuuuu benci tau. kite ni dah la hotties y'all".
begini. aku bukannya nak mengutuk golongan yang memakai pakaian uptown. aku sendiri pun beli baju dari uptown. dan aku lagi berminat membeli baju bundle yang kadang-kadang harganya rm5 sehelai.
tapi.
agak-agak la wei. perlukah kau, memandang aku dengan pose "aku ada boifren anak dato tan sri sultan" sambil memakai seluar jeans guess yang memang diyakini cap siam, selipar jepun versi awek rempit, beg guess benang terkeluar dikhuatiri dari siam juga, dan baju tshirt bergambar pooh? satu lagi, cermin lah muka. banyak sangat bedak tu. korang datang pawagam nak tengok wayang, bukannya nak berlakon opera cina. duhh!
nota kaki: alfatihah kepada abdul samad, ikan laga belaanku yang berjaya membunuh diri dengan cara melompat keluar dari akuarium. aku sentiasa merinduimu. tempat tinggalmu akan ku gantikan dengan ikan toman kecil. aku nak namakannya, abdul samad jr.
Isnin, Disember 22
rm 1.80
aku antara golongan yang bersyukur kerana harga minyak turun. kalau tak sebelum ini, aku isi minyak sambil mengelap air mata dan hingus yang meleleh jatuh ke lantai stesen minyak. kereta aku dah lah pelahap. menggunakan prinsip "telan selagi boleh", kereta aku benar-benar menguji kesabaran aku ketika krisis harga minyak rm2.70/liter dulu.
sekarang, harga sudah murah. kalau isi rm10 pun dah boleh jalan-jalan pergi mamak. kalau tak, rm10 tu buat panas enjin dan main reverse-reverse. bila keadaan sekarang makin tenang dengan harga minyak yang menggembirakan poket, aku teringat kejadian ini yang berlaku ketika harga minyak diumumkan rm2.70/liter.
R: kepale hotak kau bodoh! harga minyak sekarang dah rm2.70 seliter kau tau tak??(sambil memegang venti cup Chocolate Frappuccino keluaran syarikat kopi mahal)
aku: ye ke? betul ke ni?
R: ye dowh. tadi aku dengar berita kat radio. macam sial je harga.(sambil meneguk Chocolate Frappuccino dengan muka riak)
aku: babi la camni. nak sikit air weih.
R: amek r.
Ahad, Disember 21
stairway to heaven.
aku mempunyai masalah. masalah yang melanda kebanyakan golongan lelaki seluruh dunia. jika kau berfikir tentang masalah yang boleh diubati dengan iklan-iklan seperti "100% spring return!" dan penggunaan sensaoil, kau silap. bukan masalah itu.
aku ketagih rokok. aku ketagih nikotin.
ya, itu masalah aku. aku tidak mahu lagi masalah ini. aku marah, lalu aku genggam tangan, sambil memandang tangan yang digenggam itu, menghela nafas lalu berkata "cukuplah. cukup semua ini."
lalu, kini sudah genap seminggu, aku tidak menghisap rokok. aku gantikan dengan rokok daun. salah satu cara untuk berhenti ialah dengan bertukar kepada rokok daun. rasanya agak pukimakharamjadah tapi dengan kesungguhan dan motivasi yang kuat, aku gagahi jua.
*************************************************************************************
semalam, mak aku ke langkawi. aku kirim dia belikan 3 karton dunhill merah.
gila babi kau, mana boleh tahan!
selamat bertunang, bawang.
hari ini, kawanku akan bertunang. tahniah kepada anda berdua, saudara lee cheeko dan saudari nana.
memandangkan kau dah bertunang kan lee, tak dapat lah kau nak ajak aku pergi brickfields dangdut dah lepas ni. haha.
Jumaat, Disember 19
begitulah.
aku telah ditag. shela mengetag aku. ini ialah kaedahnya.
The instructions are below,please follow this accordingly;D
1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture.
5. Tag people to do this.
ya, dan ini ialah gambar aku bersama kucing belaan paling biadap.
aku tag, anda yang membaca post ini dan mempunyai blog sendiri.
Jumaat, Disember 12
congo.
pengakuan seseorang(dipetik dari akhbar. ayat diubah sedikit demi menambahkan riang di hati):
"saya rasa saya malang. sejak dari bangku sekolah, saya tidak popular di kalangan kawan lelaki dan wanita. saya pernah menyukai seorang perempuan ini tapi seperti dijangkakan, saya dikecewakan. adakah kerana rupa saya? ini kerana ketika di universiti, saya pernah cuba berkenalan dengan seseorang yang tersalah call hp saya. pada awalnya amat indah namun selepas saya mengirimkan gambar saya kepadanya, lantas dia berkata sebenarnya dia sudah berpunya. ini membuatkan pelajaran saya terganggu. saya malu dan terasa ingin menyepak muka sendiri. apa patut saya buat?"
jawapan dari pakar motivasi:
"anda kena positif. sesungguhnya kita tidak boleh mengalah. ingatlah bahawa tuhan menciptakan seseorang itu cantik dan kacak sedia adanya. cuma mungkin buat masa sekarang masih belum lagi yang perasan perkara itu pada kamu. dan jika anda masih lagi belajar, lebih baik anda tumpukan perhatian kepada pelajaran dahulu. ingatlah bahawa tuhan menciptakan rezeki itu kepada setiap makhluknya dan rezeki itu berada di mana-mana."
jawapan dari aku:
"kau bodoh. kalau aku jadi kau, aku akan simpan nombor telefon perempuan tu dulu. kemudian, aku belajar betul-betul. lepas grad aku pergi cari kerja. lepas tu tunjuk efisien kau dekat depan bos sampai kau dah naik pangkat. pastikan kau pandai bermain politik di dalam pejabat agar kau cepat naik pangkat. dan jika nasib kau baik dan di offer jawatan yang kau rasa membolehkan kau menerima rasuah dari orang lain, cepat-cepat kau ambil. selepas kau dah jadi kaya dan berkemampuan, pastikan kau membeli sebuah nissan fairlady 350z. ataupun nissan gtr, yang mana lebih termampu. dan pastikan kau membeli sebuah kondominium di depan klcc yang dipenuhi pak guard. selepas itu, contact balik perempuan-perempuan yang pernah hampakan kau dahulu. kau ayat balik mereka dan tunjukkan semangat kau ingin berkawan semula dengan mereka. kemudian ajak mereka keluar. kalau ada dari mereka yang sudah berkahwin lagi bagus. ajak sahaja mereka keluar. sesungguhnya kau sudah ada kereta dan rumah yang boleh membuatkan mereka terpegun dan melupakan seketika teman lelaki atau suami mereka. selepas kau bawa keluar, bagi mereka mabuk, dan bawa ke kondominium kau yang dipenuhi pak guard itu. jangan risau, kebiasaannya kondominium mewah yang di penuhi pak guard jarang diserbu pihak jabatan agama islam. kemudian, kau paham-paham sendiri la. kemudian ketika si dia sedang tidur tanpa berpakaian, tangkap gambar mereka kemudian hantar gambar tersebut kepada teman lelaki atau suami mereka. teruskan perbuatan ini sehingga kau sudah benar-benar berpuas hati. ingat, rupa tidak menjamin apa-apa. yang penting ketebalan poket kau dan kematerialistikan perempuan itu sendiri."
sekian, terima kasih.
Isnin, Disember 1
Langgan:
Catatan (Atom)