hidup.
kadang-kadang kau berada di atas. dan sering kali berada di bawah. dan ketika di atas, kau malas memandang ke bawah. dan pabila kau di bawah, kau akan selalu memandang ke atas.
kau pernah dengar kisah sang kancil dan buaya? di mana si buaya meminta pertolongan dari sang kancil untuk menyelamatkan beliau yang tersepit kerana di himpap kayu?
dan selepas si buaya diselamatkan, si buaya ini berplan baekk untuk memakan sang kancil?
dan akhirnya si buaya dikantoikan dan akhirnya tersepit kembali.
cerita indah untuk kanak-kanak yang baru belajar membaca. happy ending. selepas itu boleh keluar main bola dan main layang-layang pastu balik lepas maghrib pastu kene sepak ngan bapak. muka masam pastu esok pergi sekolah main ting tong.
tapi, benarkah perkara sang kancil dan buaya tersebut berlaku dalam kehidupan? jap biar aku fikir.
hmm. tidak. tidak sama sekali.
anggap kehidupan sebagai seekor pisau. dan pisau itu dicucuk di badan kau. dan dipulas perlahan-lahan.
kau boleh biarkan pisau itu di badan kau. dan darah kau akan semakin menitis. sehingga kau kekurangan darah, pucat, kulit kau akan berkedut dan akhirnya mati.
atau kau boleh meminta pertolongan dari orang lain. menunggu untuk dihantar ke hospital. menunggu doktor merawat kau. memberi ubat kepada kau. baring di wad dan akhirnya dibebaskan dari hospital.
atau juga kau boleh keluarkan pisau. membalut luka dan ke hospital untuk menjahit luka. kemudian pulang ke rumah seperti biasa.
mana-mana pun pilihan kau, ianya akan tetap meninggalkan parut. dan parut itu bukti kau menjalani hidup kau sebagai seorang manusia. sama ada yang di bawah, atau yang di atas.
pour quelqu'un : merci pour l'enseignement-moi comment apprécier ma vie. vous voir en enfer.
Jumaat, Februari 27
Isnin, Februari 16
Ahad, Februari 15
perubahan lagi

akhirnya blog ini mengalami perubahan lagi..penambahan watak penulis kepada 3 orang dengan secara rasmi nya bermula pada semalam..
setelah encik bok berbincang secara mulus dengan encik r selama hampir satu jam di cc, sambil aku di sebelah melakukan upacara menembak zombie, akhir nya encik r setuju untuk menjadi penulis dalam dongeng blog ini..
oh encik r juga telah menukar nama nya kepada encik badut aka makan budak..mungkin kerana beliau tidak mahu nama nya dikenali ramai dan di komersial kan..mungkin juga beliau ingin melarikan diri dari pemiutang2 yang mungkin menyamar sebagai pembaca blog..hmm aku keliru..
jadi aku ingin ucapkan selamat datang pada encik makan budak..
p/s: kami bukan three stooges..harap jangan terpedaya dengan gambar di atas..
Bagaimana Seorang Badut Yang Suci Hatinya Dapat Menghantui Hidup Ko Untuk Selamanya?

Salam perkenalan..beep beep ritchie!
pastinya korang dapat mengingati watak sadis ini.. begitu baik dan suci hatinya..tgk, putih mukanya..(haaa....(mengeluh sambil senyum) sangat bahagia rasanya waktu itu..)
memanggil2 budak2 ditepi jalan untuk memberi hadiah belon merah..secara free(sbb tak laku. mana taknya, jual dalam longkang. ada penah ko nak beli belon dalam longkang?)
jadi apa silapnya badut ini? ini kerana marketingnya x sesuai..dan rambutnya berwarna merah..
dan sbb inilah badut suci ini mencari sumber rezeki len dgn memakan budak2, menghantui hidup kanak2 dan mimpi2 mereka bila dewasa kelak...
pasti cite ini dapat mengembalikan mimpi ngeri anda..terkencing dalam seluar tak kira pagi dan malam..tidur dgn mak bapak semula walaupun korang dah umo 20an..tak dapat tido malam sbb takut die duk disebelah ko sambil makan kacang rebus yang di beli di pasar dan memegang belon merah..
jadi, fikir2kanlah kembali, berapa ramai hati badut2 yang suci telah korang lukakan? berapa ramai badut telah korang tolak tawaran mereka untuk membeli belon? dan berapa ramai badut yang korang tak ketawa dgn lawak2 mereka? hiburkanlah hati mereka...sebelum terlambat
ha..ha..ha........beep beep ritchie..mgkn anda selepas ini....
akhir sekali, aku adalah makan budak, salam perkenalan, moga dapat lebih byk idea lg untuk diletakkan di blog ini..wah..wah..
beruang.

owh aku sungguh tidak sabar. lagi 3 hari, aku akan kembali ke tempat belajar. setelah 3 bulan bercuti. dan akan menjalani kehidupan sebagai pelajar semula. owh. teruja.
dan apa yang telah aku peroleh selama 3 bulan meditasi dan hibernasi aku itu?
tiada.
owh. mungkin pengalaman ke indonesia. tapi itu sahaja.
selebihnya hanya dihabiskan di rumah untuk tidur dan melepak.
dan ya. selama 3 bulan aku menghabiskan masa sebegitu. tanpa bekerja. tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.
dan kau tahu apa yang paling indah di saat-saat akhir percutian 3 bulan aku ini?
melihat muka rakan yang kecewa setelah membeli tiket rihanna dan pada saat akhir rihanna membatalkan konsertnya. dan pada ketika itu, hampir 90% lirik lagu dari album-album beliau telah berjaya dihafal untuk tujuan sing along dan demi membuktikan dirinya peminat agung rihanna.
seminggu sebelum rihanna mengumumkan pembatalan konsertnya.
aku: lagu rihanna apa yang kau paling suka?
cik n: of course la umbrella.
aku menjangkakan pon de replay dari seorang yang mengaku peminat agung rihanna. owh aku tersilap rupanya.
nota kaki: akan ada seorang lagi penulis baru untuk blog ini. sila beri tunjuk ajar pada beliau. beliau botak tengah. haha aku suka bergurau.
Langgan:
Catatan (Atom)

