Ahad, Februari 15
beruang.
owh aku sungguh tidak sabar. lagi 3 hari, aku akan kembali ke tempat belajar. setelah 3 bulan bercuti. dan akan menjalani kehidupan sebagai pelajar semula. owh. teruja.
dan apa yang telah aku peroleh selama 3 bulan meditasi dan hibernasi aku itu?
tiada.
owh. mungkin pengalaman ke indonesia. tapi itu sahaja.
selebihnya hanya dihabiskan di rumah untuk tidur dan melepak.
dan ya. selama 3 bulan aku menghabiskan masa sebegitu. tanpa bekerja. tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.
dan kau tahu apa yang paling indah di saat-saat akhir percutian 3 bulan aku ini?
melihat muka rakan yang kecewa setelah membeli tiket rihanna dan pada saat akhir rihanna membatalkan konsertnya. dan pada ketika itu, hampir 90% lirik lagu dari album-album beliau telah berjaya dihafal untuk tujuan sing along dan demi membuktikan dirinya peminat agung rihanna.
seminggu sebelum rihanna mengumumkan pembatalan konsertnya.
aku: lagu rihanna apa yang kau paling suka?
cik n: of course la umbrella.
aku menjangkakan pon de replay dari seorang yang mengaku peminat agung rihanna. owh aku tersilap rupanya.
nota kaki: akan ada seorang lagi penulis baru untuk blog ini. sila beri tunjuk ajar pada beliau. beliau botak tengah. haha aku suka bergurau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan