Sabtu, September 26
scranton branch.
wartawan: hai encik rashid sibir, dengar cerita untuk musim perayaan ini, saudara telah membuat drama-drama pasti hit untuk tatapan penonton di malaysia. boleh saudara ceritakan sedikit tentang perkara tersebut?
rashid sibir: oh ya. benar sekali. untuk musim perayaan ini saya telah membuat satu drama khas untuk penonton. tapi untuk mengetahuinya lebih lanjut, anda semua kenalah tunggu tayangannya nanti di kaca tv.
wartawan: wah! berahsia sungguh encik rashid sibir ini. mesti drama kali ini menarik ya?
rashid sibir: semestinya. tidak banyak yang saya boleh ceritakan di sini. pelakonnya saya ambil yang veteran dan bermuka sedih seperti jalil hamid, fauziah nawi, nasir bilal khan dan lain-lain.
wartawan: tentang plot cerita?
rashid sibir: rahsia. dan akan ada kejutan untuk kali ini.
wartawan: kejutan?
rashid sibir: ya. tiada lagi adegan ibubapa ditinggalkan anak yang lupakan diri dan ending adegan menangis ibu bapa meninggal dunia.
wartawan: wow. hmm....
rashid sibir: .............
wartawan: ................
rashid sibir: bagaimana?
wartawan: bagi saya, raya tidak meriah jika tidak disajikan dengan paparan sedih. penonton gemarkan perkara sedih di hari raya. dan itulah sebabnya drama raya biasanya disajikan dengan paparan sedih. itulah pengertian hari raya. barulah semua orang akan berseronok.
rashid sibir: maksudnya, menonton drama yang sedih membuatkan raya lebih bererti dan menyeronokkan?
wartawan: mestilah! lihat berita di surat khabar dan tv. tajuk utama mesti memaparkan berita kemalangan maut meragut nyawa sebuah keluarga, sebagai contoh ketika pulang berhari raya. paling tidak pun kematian adik beradik ketika mandi sungai di petang raya. itu belum lagi masuk iklan-iklan yang dibuat khas sempena hari raya. sedih bukan?
rashid sibir: hmm. betul juga. anda memang bijak. anda mahu bekerja bersama saya? sebagai consultant, mungkin?
dan empayar drama sedih hari raya makin subur mewangi untuk kesekian generasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan