Selasa, Julai 28
winston light 20
kau,
amat sukar untuk ku miliki
memaksa ku berusaha sepenuh hati
menghadapi cabaran yang berliku
yang bisa membuatkan ku
hampir berputus asa
kau,
aku gunakan pelbagai cara dan ikhtiar
melalui perlafazan sehingga titisan peluh
demi untuk mendapat kan mu
dengan tekad kesabaran dan kesungguhan
aku berjaya memiliki mu
kau,
aku suka membelai mu
memegang lembut badan mu
keharuman mu menusuk hidung ku
aku sering membawa mu ke mana jua
aku berasa selesa dan selamat dengan kehadiran mu
kau,
pabila berada di samping ku
aku menjadi alpa
menjadi bongkak dan takbur
seperti dunia ini kepunyaan ku
mungkin di sini kesilapan ku
kau,
aku tidak menghargai mu
aku begitu senang melepaskan mu
begitu senang melihat kau pergi
dan jatuh ke tangan orang lain
mungkin jua menyerah kan mu dengan senyuman
kau,
aku begitu alpa
alpa dalam mencari sebuah kehidupan
yang penuh dengan kepelbagaian
bagi ku kau boleh di tukar ganti
dan yakin aku dapat mencari pengganti mu
kau,
kini ku sedar akan kesilapan ku
baru ku tahu betapa penting nya kau
untuk ku menempuhi hari yang mendatang
aku amat mendambakan mu
aku amat merindukan mu
kau,
pulanglah ke sisi ku
mari lah kita bersama semula
membina hidup yang baru
dengan tidak di kelilingi oleh kebendaan
aku sangat memerlukan mu
D.U.I.T
nota lemak : nukilan ini dihasilkan untuk memperingati betapa penting nya duit dan jangan di bazirkan pada benda yang tidak penting. aku tengah sengkek gile sekarang ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan