Selasa, April 7

sloan's liniment.


ada seorang pemuda bernama berbatov. beliau tinggal bersama ibunya yang tua di sebuah rumah usang di pinggir sungai nil. berbatov seorang anak yang baik. sejak kematian bapanya 10 tahun yang lalu, beliau bersumpah untuk menjaga ibunya sebaik mungkin.

namun beliau ialah seorang pemuda yang sepi. beliau sudah berumur 34 tahun. dan masih belum berkahwin. dan beliau selalu mengimpikan seorang wanita yang cantik dan berbadan cantik. ibarat katy perry.

pada suatu hari, berbatov sedang bercucuk tanam apabila terjumpa sebuah objek berbentuk kapsul di dalam tanah. maka memandangkan berbatov berasa hairan lalu beliau mengambil kapsul itu. menelitinya lalu menggosoknya. kapsul itu lalu berasap dan mengeluarkan objek pelik yang berwarna pink. berbatov berpeluh dingin.

"apa khabar. namaku majinbuu." kata objek pelik itu.

"err. khabar baik. adakah kamu boleh menelan orang menggunakan ekor di kepala itu?" tanya berbatov.

"haha. tidak lagi. aku sudah menjadi baik. akira toriyama sudah tidak melukis maka aku kini melepak bersama encik satan mempelajari erti kehidupan dan cara menjaga kucing" jelas majinbuu.

"owh begitu. erm mengapa encik majinbuu berada di dalam tanah? saya ingatkan pil hidroxicut hardcore tadi. baru ingat nak makan dan menjadi tough" kata berbatov.

"itulah yang aku pelik. kali terakhir yang aku ingat ialah aku sedang memasak spaghetti carbonara apabila aku ditembak dari belakang menggunakan bb gun. apabila sedar aku sudah berada di sini." jelas majinbuu.

berbatov mengangguk tanda paham dan khusyuk mendengar cerita. hari sudah menjadi gelap. lalu berbatov meminta diri.

"sebentar!" jerit majinbuu.

"disebabkan kau menyelamatkan aku dari menjadi kapsul maka aku boleh melunaskan satu impian kau. katakan padaku apa yang kau mahukan dan voila! ianya di depan mata." kata majinbuu lagi.

lalu berbatov pun berfikir panjang.

"aku mahukan seorang perempuan yang cantik dan berbadan cantik" kata berbatov.

"perempuan cantik? bagi aku perempuan yang cantik mempunyai ekor di kepala seperti aku. adakah itu juga definisi cantik bagi kau?" tanya majinbuu.

"owh bukan. i like a woman who got face and body like katy perry you know what i'm saying my nigga? po po po po poker face." kata berbatov sambil rapping.

"katy perry? fred perry aku kenal. dulu aku skinhead sharp." kata majinbuu.

berbatov sudah hilang akal. lalu dia berfikir tentang gadis idamannya iaitu katy perry supaya dapat beliau menerangkan serba sedikit tentang gadis idamannya itu.

"majinbuu. aku sudah tau. aku mahukan seorang wanita yang mukanya jika dilihat mengingatkan kau tentang betapa indahnya hidup dan betapa masalah kau hilang semuanya. cuma aku tidak mahu yang mempunyai ekor di kepala. dan badannya ramping ibarat makhluk yang sering bekerja tanpa rasa penat dan lelah." kata berbatov.

majinbuu mengangguk tanda paham. lalu langit bertukar menjadi sangat gelap dan kilat sabung-menyabung.

"hiyaaargghhh!!" majinbuu membuat kuasa.

lalu muncullah sebuah objek di depan mereka.

seekor kerengga bersaiz manusia dan berkepala wang kertas juta-juta.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

COOL!

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

owh.
baru aku tahu makhluk yang bekerja tanpa penat dan lelah akan menjadi ramping sekali.
terima kasih untuk itu.

Bok Aizad berkata...

kepada ShelaBlurbSs: sejuk!

kepada .kakijalan.:oleh itu silalah jual burger dengan gigih.

Tanpa Nama berkata...

kerengga bersaiz manusia berkepale jutaan ringgit - good definition to nowadays women !