Selasa, April 14

cold wind blowing.


aku ialah seorang penghidap penyakit "cinta kedaimamakphenia". penyakit yang paling banyak melanda manusia di malaysia tanpa mengira kaum dan umur. ianya ibarat barah. barah yang senyap. menular di setiap darah-darah manusia yang tulus dan kudus.

bagi aku, kedai mamak ialah tempat yang sangat "in". kau lepak kat starbucks pun tak rasa macam kat kedai mamak. sekurang-kurangnya di kedai mamak ada tv boleh tengok bola dan dvd cetak rompak. kat starbucks tak boleh. sebab starbucks ada kelas. kat kedai mamak ada gelas je.

dan bagi golongan-golongan yang memang mengenali aku, mereka memang tahu kedai mamak memang pilihan aku. aku pernah ada awek yang fed up dengan aku sebab aku memilih kedai mamak sebagai tempat dating. aku bukannya sengkek dan tiada kelas. setiap manusia ada kelas tersendiri. kelas mengaji, sebagai contoh. cuma, aku tidak terlampau bodoh untuk membazirkan duit aku untuk sesuatu yang overrated dan tak sedap. kadang-kadang boleh lah.

dan mengapa aku ceritakan semua ini?

tadi aku melepak bersama encik pali. beliau seorang pelajar dari uitm lendu, melaka.

beliau berkata, ada beberapa golongan gadis -gadis di sana yang pernah berkata begini pada beliau, yang mana membuatkan encik pali yang mempunyai penyakit yang sama dengan aku, terasa down seperti system of a down.

"i tak boleh la lepak kedai mamak. kite lepak tempat yang ok sket la, boleh?"

nasib baik lah kawan-kawan tempat belajar aku di limkokwing cyberjaya tak pernah cakap macam tu kat aku.

8 ulasan:

pali gagah berkata...

dengar cerita terus tulis lepas sembang kat mamak tadi..lol ala bok,sebelum ke mamak tadi, kita yang tak pegi oldtown pulak kn tadi haha

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

bagus-bagus.
starbuck kan patut di boikot.

aku pun ada rakan perempuan yang pilih kfc daripada kedai nasi ayam.ah.

Tanpa Nama berkata...

HAHA.seb baek die x state pulak kedai 'yg ok sket tuh' kedai ape kan. kalo yg ok sket tuh kfc xlah standard mane pon pompuan tu kan.. uitm lendu kan. ok lah tuh kan.

Tanpa Nama berkata...

Haha, kelas mengaji sesat takleh bla kot tetibe. Oh dah tau dah. anda di lim kok wing rupenye!

anne! roti telur satuu!!
layan okay roti telur..

pali berkata...

ingin aku tekan kan di sini, bukan semua orang sebegitu..diulang,bukan semua,tetapi hanya sesetengah yang disalah didik oleh mak bapak sahaja..lol

uitm, world class university kot bak kata VC aku, Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim bin Abu Shah,tlg google ya rakan2, dia ni sangat 'kaki bodek' a.k.a melayu tipikal(tlg fhm, aku sangat sarcastic di sini, maaf bok ada bau2 politik, aku sayang kau,matlan tidak)

Bok Aizad berkata...

kepada pali: kantoi la ni en?

kepada .kakijalan.: aku suke makan nasik ayam mangcongkam kat gombak.

kepada ShelaBlurbSs: bukan dekat uitm lendu kedai makan yg paling hot dan extravaganza pompom ialah kfc ke?

kepada Roo: dekat mamak tempat aku slalu lepak en ade mamak muke mcm batista wwe. gile hot.

kepada pali(lg skali): aku bau durian. ko kopek durian ke?

Tanpa Nama berkata...

Batista je?

Sorry lah. Aku nak john cena ke?
Ray mysterio ke?

Bok Aizad berkata...

kepada Roo: sorry la. johnny lever ade r.