aku sangat penat
baru balik dari kebun
aku yang memandu ke hulu langat
bapaku di sebelah hanya peneman minda
peneman minda
menantikan setiap kesalahan ku semasa memandu
dengan setia mengkritik cara pemanduan ku
pemanduan yang dalam perspektifnya adalah pemanduan tidak bermoral
walaupun tidak semua yang berlaku bukan diatas kesilapan ku
peneman minda
menjadikan aku berang kerna acap kali di bidas
menjadikan aku tidak mampu fokus
kerna di dalam hati mengucapkan kata2 derhaka
aku minta maaf, bapa
tapi aku tidak mampu bertahan lagi
kerna kamu sudah terlalu mengkritik
kamu ibarat pegawai JPJ di sebelah ku
pegawai JPJ tanpa uniform di badan
di pertengahan jalan pula
hujan lebat melanda
se akan2 memaksa aku membatalkan niat murni ku itu
dengan bermodalkan bantal dan tilam empuk di fikiran
hasratku hendak menolong mu di kebun hanya tinggal 20%
manakala 80% masih cuba memujuk ku untuk memeluk bantal
lalu aku memberanikan diri menyuarakan satu cadangan
aku : bapa, marilah kita pulang..nampaknya cuaca tidak mengizinkan..
bapa : teruskan..tanah menunggu kita..
sunyi~~
dengan berkat hasutan bapa ku itu
aku tiba di kebun
tanpa membantah tangan ku mencapai sebutir cangkul
yang digunakan untuk mencangkul tanah
aku memulakan aktiviti pencangkulan
aku berdetik di dalam hati
"aku cangkul kau satu, aku cangkul kau dua, aku cangkul kau tiga"
dan seterusnya
hujan masih lebat
pakaian ku sudah lencun
aku masih mencangkul
aku mengigil
aku kesejukan
aku masih mencangkul
tiba2 urat di perut ku menari
aku berwajah meneran
bukan kerna aku hendak melepaskan jisim pepejal
tapi kerna air di tubuhku tidak mempunyai sikap penyabar
air oren mirinda yang ku simpan di dalam tubuh merayu minta di lepaskan
aku pandang ke arah kiri dan kanan
saraf mata pantas memberi respons kepada otak
oh! tiada bilik air di kebun ku
lalu saraf logikal memberi idea kepada encik otak
sekarangkan aku sedang dihujani air langit
lalu tanpa segan silu kepada orang sebelah menyebelah
walaupun pada ketika itu hanya aku dan bapa ku di situ
aku memberi kebenaran kepada air oren untuk melangkah ke satu dunia baru
biarlah dia membawa haluan sendiri
dan encik seluar
aku berterima kasih pada mu
akan ku balas jasa mu dengan memandikan mu
dengan air sabun di dalam peti bergegar
aku mengukir senyuman kepuasan
bapaku memandang pelik di sisi
bapa : kau ni dah kenapa senyum sorang2?
aku : saya bahagia menemani bapa ke kebun ini
pecah tawa anak beranak yang ceria ini
setelah selesai aktiviti perladangan itu
kami pulang
aku lagi yang memandu
bapaku tidak lagi persis JPJ pencen disisi
beliau hanya mengukir sebuah senyuman tanda kesenangan hati
yang mana aku merasakan ia bermaksud
"bertuah aku dapat anak yang baik ini"
lalu aku hanya mampu bermonolog di dalam hati
"maafkan aku, bapa"
***aku ikhlas menolong bapa ku..tiada keraguan dalam hal ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan