Selasa, November 25

bosandoh.


soalan: superman apakah yang terbang ke belakang?

jawapan: superman returns.

aku kini sedang bercuti semester. selama 3 bulan. dan aku terasa kebodohan sedang berjalan di dalam setiap urat aku. dan kebosanan. dan apakah yang boleh dibuat ketika berada dalam keadaan bosan?

adakah dalam keadaan bosan, kita mampu untuk membuat perkara luar batasan dan tabii? adakah jika kita bosan, kita boleh menjadi terkenal dengan tindakan mahu membunuh diri kerana ditinggalkan kekasih lalu kita bosan seperti yang baru berlaku di terengganu? adakah dalam keadaan bosan, kita boleh meminta kerja dari pasaraya 24 jam lalu selepas seminggu berhenti kerja kerana bosan? adakah kerana bosan kita akan ke perpustakaan negara dan membaca novel dari friedrich nitzche dan kita mula menjadi sewel? adakah kerana bosan, lelaki-lelaki akan ke brickfields untuk bergembira bersama makcik-makcik tua? adakah kerana bosan kita akan terkena penyakit pneumonia seperti stephen hawking dan akhirnya menjadi hodoh? walaupun dari akarnya, stephen hawking memang hodoh sejak sebelum kena penyakit itu.

kadang-kadang aku berfikir. kenapa fenomena bosan wujud dalam kehidupan? tapi mari kita fikir dari segi positif. j.k. rowling, menulis buku harry potter pertamanya yang menjadi kegilaan ramai, bermula dalam keadaan yang bosan. berada di kedai kopi, beliau menulis di buku catatannya tentang seorang budak nerd yang pandai bermain magis. sekarang, beliau dah boleh beli kapal terbang. bill gates, seorang nerd yang tak reti sikat rambut, dia juga bosan. kerana dia bosan dengan belajar, beliau berhenti belajar di harvard kerana ingin menubuhkan microsoft. sekarang, beliau boleh beli spaceship.

sekarang, kepada anda semua yang sedang berada dalam kebosanan, marilah bersama aku melihat cermin lalu berkata "yah kamu di cermin! kamu juga bosan! kita akan berjaya!" ala watak howard hughes dalam filem the aviator. kelak, kita juga boleh jadi kaya. seperti howard hughes.

nasib aku malang sedikit. aku sedang berkata-kata sebegitu dengan monitor laptop. benar, kebosanan mengajak aku ke arah kebodohan.

Tiada ulasan: