Ahad, Oktober 5
spice girls urdu.
aku baru balik dari kampung. sebenarnya aku dah lama tak balik kampung. aku tak tahu mengapa, aku memang malas nak balik kampung. dah macam lebih kepada satu penyakit. tapi tahun ini, sampai juga aku di kampung.(atas desakan ibu bapa yang mengancam untuk menarik elaun sara diri aku kalau aku tak ikut sekali balik kampung dengan mereka.)
kampung aku terletak di pulau pinang. dari kuala lumpur ke pulau pinang mengambil masa lebih kurang 4 jam. aku memandu kereta. penumpang semua tidur. lagu raya bertukar menjadi simfoni orkestra dengkur.
sesampainya di sana, aku berhenti di queensbay mall, di pulau jerejak untuk berbuka puasa kali terakhir terakhir dalam tahun ini. tempat ni agak menarik untuk dikunjungi. macam one utama. banyak kedai berjenama di sini, dari kedai jahit wong chun kepada gucci. aku agak terkesima dan kagum melihat perubahan di pulau pinang. kali terakhir aku datang sini dulu, jenama paling hot ialah kasut wira. dulu adik saudara aku suka berlagak dengan kasut wira. aku pakai kasut spark. aku lagi hot.
seorang lelaki normal suka melihat gadis(perkataan gadis sudah tak relevan di zaman sekarang). itu ialah lumrah hidup. maka aku melakukan pemerhatian aku di sini. aku pelik. di sini, gadis yang hot kebanyakannya memilih lelaki yang bermuka yasin senario, memakai baju besar belang-belang, topi keras, levis siam@thailand dan kasut but besar(baca=rempit). dan gadis yang tak berapa hot, boyfriend ada muka. untuk seketika aku mengalami kejutan budaya. damn!
aku sedang berbuka puasa apabila aku melihat satu kumpulan gadis sedang mencari meja. lagak mereka boleh tahan gedik sampai rasa nak pijak muka dorang. tak ubah macam sesetengah gadis-gadis di kuala lumpur yang perasan hot dan kaya dan buat muka sombong lepas tu bila dah jumpa geng, sembang kuat bajet shopping complex tu bapak dorang yang punya sedangkan bapak jadi driver bas sekolah. aku kenal seseorang yang begini. dan aku benci dia, dan orang-orang macam dia. berbalik pada cerita asal, sedang mereka mencari meja, aku melihat gaya mereka. aku rasa diorang ni baru nak jadi geng-geng tersebut. cuma aku rasa diorang ni, lagi kelakar. ciri-ciri diorang ni dah sama dengan apa yang aku nampak kat kuala lumpur, tapi disebabkan faktor kulit yang gelap dan menempek bedak yang tebal tapi kantoi leher dan tangan hitam buatkan aku rasa diorang ni kelakar. owh ya, kau rasa eyeshadow hijau pekat dan lipstik merah menyala sesuai ke? sebab geng diorang ni semua make-up begitu. dan tambah juga tshirt guess by marciano dari thailand.
aku berada di kampung selama 4 hari. dari pulau pinang ke kuala lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam. aku memandu kereta. penumpang semua tidur. lagu raya bertukar menjadi simfoni orkestra dengkur.
*ralat=perkataan "levis kelantan" tidak afdal digunakan dan telah ditukar kepada "levis siam@thailand". maaf atas segala kesulitan. terima kasih kepada am3 kerana menegur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
isk..levis tu levis siam a.k.a thailand. sensitip kata levis kelantan.
sensitip? erm maaf2. aku tak terniat pun nak menaikkan sentimen ke-levis-kelantan-an tu pun. dah terbiasa guna ayat tu. maka maaf lagi sekali jika ada yang terasa.
Catat Ulasan