Isnin, Oktober 6
from cairo with love.
aku baru lepas membaca novel. novel itu bertajuk Ayat-Ayat Cinta. novel ini ditulis oleh Habiburrahman Saerozi, seorang pelajar Universiti Al-Azhar. ya, aku tahu. novel ini telah dijadikan filem dan mendapat sambutan di Indonesia. dan sempena hari raya aidilfitri, tv3 ada menayangkan filem ini juga. dan aku juga tahu, novel ini sebenarnya dah lama wujud di dunia ni, tapi suka hati aku la kalau aku baru nak baca sekarang. isk.
aku sebenarnya tak paham macam mana aku boleh terfikir nak baca novel ini. sebab aku secara amnya, memang tak suka membaca. aku ialah insan yang susah tidur. benzodiazepines aku ialah buku.(tak tahu apa itu benzodiazepines? sila google.) namun, novel ini lain macam. novel ini tak buat aku mengantuk. dan mengetahui bahawa novel ini ialah sebuah novel cinta membuatkan aku merasa kagum. sebab aku benci novel berunsur cinta. aku rasa ahadiat akashah layak dipijak beramai-ramai. tapi, (diulang lagi sekali) novel ini lain macam.
aku tidak akan menulis reviu untuk novel ini. sebab aku nak korang baca sendiri novel ini. jangan tengok yang versi filem sebab kalau diikutkan logik, mana boleh kau nak ringkaskan sebuah novel untuk tontonan selama 2 jam? tak dapat jack.
kesimpulannya, aku suka novel ini. ia memberi aku keyakinan. keyakinan bahawa setiap lelaki itu, boleh kahwin lebih dari satu. bagus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
pada pandangan saya, incik kuat tdo~
dan sesungguhnyer, saye juga seorang yang x minat membaca.. setelah rekemen yg dilakukan oleh pihak incik, jadi ingin saya nyatakan, saya akan cube bace novel itu..
bobok, aku da baca lama douw buku tu. adakah aku gagah?
ko memang gagah cho. otot di perut ko super gagah.
Catat Ulasan