Khamis, Disember 31

2010.

2010. esok dah 2010. cepat sungguh masa berlalu.

apakah azam tahun baru aku?






nak berhenti rokok.




........


.....


...



hahahahahahahahahahhaahhahahahahahahahahahahahahahahahahahhohohohohohohohohohohohohohohohhahahahahahahahahhahahahahahahahahohohohohohohohohoahahahhaa!!!!!!!!!!!


Rabu, Disember 30

fegato denunce

jam berdetik masa berlalu
angin bertiup menembus pipi
bayu menghembus membelai rambut
daunan berterbangan melintasi pandangan
mata melirik ke arah ufuk
fikiran melayang di awan-awangan

huuuu
rokok ku hisap bertalu-talu
selepas sedut ku sedut lagi
aku hembus asap
aku hembus asap berbentuk 0
nak buat asap bentuk love tapi tak jadi
disusuli asap berbentuk anak panah
juga tak jadi
asap naga juga yang keluar

aku duduk persis cina kalah judi
merenung nasib di kejauhan
meminta simpati tidak di peduli
aku mengeluh
aku mengeluh panjang
tiba-tiba aku sendawa
burrrrrpp
oh aku baru lepas makan
prooottt
disusuli kentut hampir cirit
oh mungkin terlampau kenyang

aku merenung jauh lagi
lepas sebatang, sebatang lagi rokok ku hisap
fikiran bercelaru
memikirkan pelbagai masalah
masalah di tempat belajar
di selang selikan dengan masalah sosial
yang tidak berkesudahan

aku berusaha mencari jawapan
tidak berhasil
otak semakin kusut
pelbagai peristiwa berlaku
hati semakin parah
parah mengenang nasib
mungkin itu sudah suratan
mungkinkah aku yang bersalah?
mungkinkah mereka?

aku tidak mengerti
soalan itu terlalu sukar
mungkin lebih sukar dari soalan final exam
sebab masa exam kita boleh meniru
dengan pelbagai cara
cara mudah untuk memperbaiki kelemahan diri

tapi soalan itu sangat subjektif
dan tiada talian hayat yang boleh digunakan
untuk membantu
jalaludin hassan pun tidak dapat membantu ku
"kita gunakan talian hayat yang pertama"
suara beliau berkumandang di ruangan otak
tapi sayang
talian hayat yang pertama itu apa?

aku buntu
semakin buntu
biarlah aku pergi dari sini
pergi untuk menenangkan benak fikiran ku
dari dihujani pelbagai masalah
itu lah jalan mudah
lari dari masalah
apa boleh buat
aku hanya manusia biasa

biarlah aku pergi untuk sementara waktu
dengan waktu terluang nanti
mungkin aku boleh membentuk 8 packs
yang sekian lama sudah dibentuk
tetapi jarang di perlihatkan
eight packs perlu selalu maintain bro
bak kata komando malaysia yang selalu keluar kat tv
komando bercalit hitam di muka
bersarung rumput dibadan untuk tujuan penyamaran
nak menyamar tikus tak boleh
nak menyamar jadi biawak pon tak boleh
nanti urat perut lari
8 packs pon dah tak cantik
sia-sia penat work out sambil menaip

eh apa aku merepek ni
sebelum lebih banyak aku merepek
aku nak ucapkan

Selamat Tahun Baru 2010!!!

Sabtu, Disember 26

200.

dan ini ialah entri yang ke 200.

hmm. semoga anda semua seronok dan gembira dengan pilihan hidup anda masing-masing.




Jumaat, Disember 25

x-mas.

lama da rase nye aku x update blog ni. maklum lah, aku ni seorang yg sibuk. baru la ari ni aku ade mase nak post. tapi aku kagum. dalam beberapa bulan semenjak ketiadaan aku, penghuni di blog ini semakin bertambah. baik penulis mahupun pembaca. ah, aku amat kagum.

untuk kesekian kali nya, aku berkata pada diriku, aku amat kagum.

Selasa, Disember 22

salute.

semasa lunch, aku terdengar perbualan dari meja sebelah yang diduduki oleh sekumpulan geng2 bomba tua. ketika itu, tv sedang menunjukkan berita penangkapan gadis bawah umur di kelab malam di kuala lumpur.

"kau rasa kalau malam ni kite pergi kelab ok ke?"

wow.