Selasa, September 30

mengalir.


sebelum memulakan post ini aku ingin meminta maaf jika ada yang terasa hati dan merajuk pondan dengan aku selepas membaca cerita aku kali ini. selamat hari raya, eh? ok mula!

aku masih belajar. tempat belajar aku di cyberjaya. aku tinggal di sebuah kondominium milik tempat belajar aku yang sepatutnya menjadi hostel untuk pelajar, tetapi sembang lebat sebab jarak tempat belajar aku dengan hostel aku memerlukan aku mengisi penuh minyak kereta aku 2 kali seminggu.(jika aku pergi semua kelas aku dalam seminggu tu la.) . aku tinggal bersama 4 orang di dalam rumah itu. dan kami ada satu hobi. mencari golongan-golongan sumbing dan juling untuk dibahan.

setakat ini, kami masih belum berjumpa seseorang yang mempunyai pakej lengkap(juling dan sumbing). paling berjaya pun sumbing tapi juling yang tidak seberapa juling. kami hampa. kami inginkan kelainan. kami sudah penat mencari.

semalam, aku lepak di kedai mamak bersama seorang rakan yang sudah lama tidak berjumpa. nama beliau ed(bukan nama sebenar).dapat jumpa pun sebab kami berdua sedang bercuti raya sekarang. sambil bersembang, tiba-tiba handphone beliau berbunyi. setelah bersembang di dalam phone, ed memberitahu aku bahawa kawannya nak datang melepak sekali dengan kitorang. 10 minit berlalu, tiba juga kawan beliau. namanya mat(juga bukan nama sebenar). dia sumbing dan juling. noktah.

maaf. maaf sekali lagi jika ada yang terasa. ahaha.

Selasa, September 23

terampil.


sudah lama aku tidak mengupdate blog aku. aku merasakan diriku semakin sibuk. aku sibuk sekarang. setiap hari aku sibuk.

aku sedang menulis post ini sambil mendengar lagu "Teddy Picker" dari kugiran Arctic Monkeys. ada lagi sejam setengah, dan aku bebas untuk menjamah makanan. ini kerna, hari ini aku berpuasa.

bulan puasa semakin meninggalkan kita. owh aku rindukan cerita rakan-rakanku tika saat-saat menghisap rokok didalam kereta tanpa membuka tingkap, membeli belah di bazar ramadhan pada pukul 2 petang, sahur pada pukul 7 pagi dan sebagainya. aku tidak buat semua itu, aku dengar cerita orang. serius. aku insan kudus.ohoh.

di tempat pengajianku, sudah kedengaran lagu-lagu raya berkumandang. terselit juga ucapan raya dari pelajar-pelajar, dari dalam dan luar negara. aku melihat seorang gadis melayu sedang membuat ucapan raya. "saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan, famili, bla bla bla etc.". dan yang menarik perhatian aku ialah ketika teks ucapannya berbunyi "walaupun puasa dah nak habis, jangan suka-suka nak ponteng puasa ye. tak baik. tuhan marah. hik hik." katanya sambil membetulkan kedudukan buah dadanya kerana hampir terkeluar dari singletnya. ironi sungguh.

selamat menyambut aidilfitri. pandu cermat jiwa selamat. jangan pandu kereta macam orang tolol berbahalol.

Sabtu, Ogos 30

gari.


selamat berpuasa kepada semua umat islam. kepada golongan beragama islam pada kulit, semoga berjaya melarikan diri dari van mayat.

Khamis, Ogos 14

keliru.


aku seorang pelajar di salah sebuah universiti yang agak terkenal bukan dari segi akademik namun dari segi nilai komersialnya. banyak filem dan drama di Malaysia membuat pengambaran di tempat belajar aku. malahan, seorang artis indonesia yang terkenal di sini(tapi di Indonesia, artis ini ibarat pelakon murahan saja, bak kata seorang rakanku dari Jakarta) juga memilih universiti ini untuk melanjutkan pelajaran.

benar, ramai beranggapan universiti tempat belajarku amat menyeronokkan. bagi lelaki-lelaki normal, kehadiran gadis-gadis yang cantik dan seksi di sini boleh menyemarakkan semangat belajar mereka(dan menaikkan libido masing-masing). kepada yang songsang, jangan risau, di sini kelibat lelaki memakai skirt juga sering kelihatan, golongan anda tidak terkecuali.

aku? hmm.. aku sering tidak ke kelas. pada ketika aku menulis post ini, aku tidak ke kelas walaupun sepatutnya sekarang aku berada di dalam kelas. alasan aku hanya satu; malas. malas ini bagai satu penyakit. satu ketagihan. satu nikmat yang dapat aku rasakan. ibarat kau makan rendang kering bersama pulut kuning. atau steak bersama kuah black pepper. atau bersukan kemudian meminum air 100 plus. atau kau dapat melunaskan libido kau.

malas ini ada baiknya. disebabkan malas aku dapat menulis post ini. disebabkan malas, teknologi semakin berkembang. wujudnya kereta, email, lif, kapal terbang, lori, mesin basuh dan sebagainya. semuanya berpunca dari sikap malas.

oleh itu, jika anda tidak dapat datang ke kelas, atau tidak menyiapkan assignment anda, anda tahu apakah jawapan terbaik yang patut di berikan kepada pensyarah anda. "SAYA MALAS!!".

Jumaat, Ogos 8

meluat.


gambar di atas merupakan seorang badut yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. beliau bernama The Joker. mengapa aku ingin berbicara tentang beliau?

watak The Joker ini hadir di dalam sekuel filem terbaru Batman yang bertajuk The Dark Knight. kira-kira seminggu yang lepas, aku masih belum menonton filem ini lagi. dan pada ketika rakan-rakanku masih hangat bercerita tentang filem ini, aku masih termanggu-manggu mendengar tanpa paham. majoriti dari mereka mengatakan filem ini adalah yang terbaik dalam siri filem Batman yang pernah dikeluarkan. dan yang paling banyak diceritakan ialah tentang watak The Joker. melalui cerita mereka, mereka melabelkan The Joker ialah seorang penjenayah yang pandai menipu, memutar belit dan pakar dalam strategi. dan mereka telah memprovokasikan aku, mengatakan aku malang kerana belum menonton lagi filem ini.

aku bukanlah seorang yang sabar. atas dasar egois aku dan kemalasan aku pergi ke wayang, aku mengambil keputusan membeli dvd cetak rompak filem ini. apek yang menjual filem ini mengatakan kualiti dvd itu bagus. "ld dvd copy punya!" kata beliau. lantas aku membayar rm8 untuk membeli filem itu.

dan apabila aku menonton filem itu, aku terus bersetuju dengan pendapat rakan-rakanku. benar, The Joker memang seorang penjenayah yang pandai menipu, memutar belit dan pakar dalam strategi. buktinya, dvd yang aku beli itu bukan dvd copy. aku tidak selesa melihat The Joker membunuh orang sambil kelihatan bayang-bayang kepala orang dan kelibat manusia yang ingin ke tandas(mungkin). mungkin apek penjual dvd itu salah seorang daripada konco The Joker. hebat.