Jumaat, Mac 12

sinis

ahh~~ sudah agak lama aku tidak menulis di sini. walaupun ada orang di luar sana yang tidak berapa sukakan aku menulis, dan telah lama mulakan tujuan memprotes, aku tidak peduli semua itu. aku, aku. kau, kau. okey, mari kita mengabaikan perkara itu.

setelah lama mendiam kan diri dan telah berjaya mengakhiri proses hibernasi, tiba-tiba otak aku terfikirkan sesuatu. ia berbunyi begini.

pernahkah anda stadi dan apabila tiba final exam, anda tidak dapat menjawab exam itu dengan cemerlang. dan sebagai tambahan, lecturer anda memberi tips2 exam dengan muka serius dan ikhlas. mereka akan berkata "ini adalah tips untuk final. kamu semua mesti stadi bab ini, bab itu, dan jangan lupa saya akan menolong kamu". anda mesti akan buat mengikut arahan lecturer anda bukan. yang mana anda mesti stadi semua tips2 yang telah diberikan dengan harapan anda akan mendapat A untuk subjek itu. bila tiba hari final exam, bila anda membuka kertas soalan itu, selepas diberi sedikit ceramah dan panduan tentang peraturan menjawab exam oleh examiner atau pengawas peperiksaan, anda akan sedar bahawa soalan itu langsung tidak sama dengan tips2 yang telah diberikan. dan di saaat itu juga anda sedar bahawa anda telah ditipu dengan kata2 kosong dari lecturer anda.

dan di saat itu, anda pasti akan terbayang wajah suci lecturer anda yang sedang tergelak mengetawakan anda dan berkata "huh, korang ingat senang2 aku nak bagi korang A? senang2 korang ingat aku nak bagi korang lulus? tak dapat la bai. korang repeat la. biar habis duit korang. sem depan jumpe aku lagi. wahahaha". dan pada saat itu, anda pasti akan sedar bahawa anda telah meletakkan kepercayaan anda pada orang yang salah. dan pada hari itu juga, anda akan berjanji pada diri sendiri, bahawa anda akan menyelidik biodata dan sejarah2 tentang lecturer yang mengajar anda. anda mesti mengetahui semua hal termasuk hal peribadi belau. supaya senang anda ingin mengugut beliau atau untuk tujuan membodek tahap semesta.

oh, mungkin anda juga boleh ke rumah beliau dan berpura2 terserempak dengan beliau lalu menawarkan diri untuk mengecat rumah beliau secara percuma. dan selepas itu, anda mungkin ingin meletakkan televisyen litar tertutup atau closed circuit television atau cctv di tempat2 yang memungkin kan anda dapat mengenali beliau dengan lebih rapat dan terbuka dan ia lebih dikenali sebagai 'hubungan peribadi tiada rahsia antara kita'. dengan itu, mungkin senyuman sinis yang sentiasa dipertonjolkan oleh lecturer anda di dalam kelas akan hilang serta merta. dan di ingatkan, ini bukan lah untuk tujuan persendirian. ini adalah untuk kebaikan semua. kerana kejadian2 seperti ini selalunya di tanggung oleh satu kelas atau pada semua yang mengambil subjek itu. kejadian2 ini juga sebenar nya sudah tidak asing lagi pada setiap insan yang bergelar student.

jadi, jelas lah disini bahawa anda tidak boleh percaya pada lecturer anda mahupun pengawas peperiksaan walaupon beliau adalah rakan anda sendiri. dan untuk pengetahuan anda juga, kisah ini adalah luahan hati seorang pelajar yang teraniaya dan dipetik dari buku mastika keluaran mac 2034. jadi kisah ini bukan lah kisah dari pengalaman aku sendiri yang telah berlaku semalam. sekian terima kasih.

Ahad, Februari 14

GSR Lancer

Di Kedai Mamak

Encik A: Wei, ko tau x, aku minggu lepas baru je msukkan enjin GSR Lancer dlm kete aku... Bapak ar laju gler kete blh pegi..

Encik B: Yeke? Brp laju kete ko blh g?

Encik A: Laju bapak ar! blh g smpai 200km/j.. Nak tau ape yg paling best bro, tak gegar beb....

Encik B: Bapak ar mmg best! Ko tau x jgk? Aku pon baru masuk enjin GSR Lancer jgk.. Aku lg Best beb.. ko dr kete wira ko msk enjin GSR, aku plak dr volvo.. BAPAK AR!! GILER GEMPAK!!

Encik A: Ni pehal yg ko hype sgt?(muke xpuas hati).. Bukan volvo tu besar dan dah cukup gempak ke? Boleh masuk ke enjin GSR tu dlm volvo?(berasa pelik)

Encik B: Sape kate x leh bro....? ko percayala ckp org2 tu.. dorang xtau.. aku lg pakar! aku sendiri, dengan kudrat tenaga aku, mskkan sendiri enjin tu dlm volvo tu..

Encik A: Lepas ke JPJ tu?

Encik B: Lepas.. aku baru je g puspakom hari tu..

Encik A: Brp laju blh g kalo mcm tu?

Encik B: Laju bro...(memandang sinis).. ko bygkan, sume kete smpai tkutla dgn kelajuan aku.. sume elak ke tepi.. even smpi JPJ pon suruh aku pasang had laju... ko bayangkan ar!! smpi mcm tu skali!!

Encik A: Bapak ar! (berasa kagum).. ni yg aku nak tgk sgt ni kehebatan kete ko ni.. blh aku try power skali

Encik B: Sori ar bro, aku xbwk hari ni.. tp aku ade gmbr die dlm hp aku.. jap ek...ha.. ni die

Encik A: Meh sini aku tgk kete hebat ko ni

Encik A: Hoi BODOH, ni bas la bodoh!!

Encik B: Ye ar, mmg bas pon.. Sape kate aku ade kete volvo..? ko cube ingat blk..Aku driver Bas ekspress.. Nape? xpuas hati? Hahaha

Encik A: (memegang ketat cawan teh tarik smbil bermuke ketat dgn berniat nak pelangkop meja dpn muke Encik B)

Khamis, Januari 28

Face on Facebook



I read in the newspaper.."Malaysians, especially Muslims, must avoid being totally immersed in the internet culture, especially Facebook and Twitter", said Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He added that facilities like internet could not be accepted wholly because it was a form of business introduced by the West and “Malaysians were just users.”


Then, i switch to TV1, " Bersama2la kita memenuhi hasrat 1Malaysia dengan melayari Facebook.com dan search 1Malaysia..."

in shock..? Maybe..

irony..? Definitely



Khamis, Januari 14

Video Skandal Seks.


Pertama sekali, aku ingin umumkan bahawa blog ini tidak sama sekali mengandungi video-video lucah seperti mana kau, kau dan kau harapkan. Maaf dipinta.

Sudah lama aku tidak menulis. Maaf sekali lagi. Aku terlampau sibuk semenjak dua ini. Aku baru sahaja pulang dari satu misi penting Platun Tentera Gerak Gempur Darat Malaysia ke-13. Kami diutuskan untuk menjaga laluan paip minyak di Lubnan menghala ke Dubai bagi membantu Kerajaan Dubai yang kini berada dalam kondusi krisis kewangan negara yang agak kronik diiringi dengan hutang berbillion-billion Dinar Mas.

Bukan seperti tidak biasa meninggalkan kampung halaman, tapi aku masih punya perasaan rindukan tanah air sendiri. Emak ayah, rakan-rakan, kekasih hati, skandal-skandal, turut menantikan kepulangan ku ke tanah air biarpun aku hanya mengikuti misi itu sekejap sahaja. Mula-lah semua pun mencari aku. Telefon aku sehingga dapat. Risau kan aku curang pada hubungan masing-masing. Kenapa perlu curang? Mengapa perlu timbul perasaan tidak percaya? Kau pernah berlaku salah sebelum ini? Kau pernah berbohong? Kenapa kau perlu marah pada-ku? Aku sayang kau bukan? Kenapa kau perlu pergi? Perkara-perkara seperti ini perlu-lah aku selesaikan satu persatu sehingga aku tidak kehilangan insan yang aku sayang. Aku sayang kan kamu semua. Cuba-lah percaya pada teman anda.

Sebenarnya, aku cuba meletakkan diriku pada posting kali ini sebagai seorang kawan. Kawan perlu sayang kawan. Nasihat, bukan lawan. Jadi kawan, bukan jadi raja. Kau raja kah, bro? Aku kurang pasti tentang itu. Kau tentu kan.

Kepada saudara Bok, jangan begini sayang, kerana kau tidak perlu begini. Sila toleransi. Maaf aku meninggalkan teratak peluang menulis yang kau berikan ini sebentar. Sibuk kebelakangan ini. At least, aku tidak tinggal kawan, bukan?Chow.

Isnin, Januari 11

the sun smells too loud.

thanks to dede untuk gambar ini. rasanya ini ialah masa yang sesuai untuk meletakkan gambar ini, haha.

ini ialah tempat kami bersatu. dan ini ialah tempat kami berpecah. dan rasa cinta dan sayang itu makin lama makin kelam.

this is going to be my farewell. to all of u. be kind to other people. am going to be in the hiatus mode for a while. maybe. sampai aku rasa nak menulis lagi. hati aku dah takde lagi kat sini.

to fit, makan budak and hati kudus, keep on posting. nothin much i can say. aku akan menjadi pemerhati bebas. stalker paling expert.

kepada anda yang membaca blog ini sejak hampir setahun setengah, terima kasih diucapkan. teruskan membaca blog ini. aku sorang je yang takde. yang lagi 3 orang tu ada lagi nak menulis.(sepatutnye la kan). dorang busy sket, tu sbb jarang post entri baru.

sekian, terima kasih.

assalamualaikum.

yang benar,
bok aizad.