Khamis, Mei 14

minuman buah kiwi.


aku merasakan hidup aku semakin membosankan.

setiap hari ialah perkara yang sama aku lalui. aku sungguh tertekan. namun, semuanya telah berubah.

untuk kesekian lamanya aku melepak di kedai burger di depan rumah aku, tadi, di depan mata aku sendiri, aku melihat seekor anak kucing dilenyek sebuah kereta myvi ketika anak kucing itu sedang enak memakan cebisan daging burger di tengah jalan.

dan myvi itu berlalu pergi tanpa rasa bersalah. dan tinggallah seekor anak kucing yang sedang bertarung nyawa di tengah jalan. menggeletar badannya. baru nak kenal dunia dah kena langgar.

kepada pemandu myvi tersebut, aku harap kau mati eksiden kena lenyek lori. dan sebelum kau mati, dalam keadaan badan ko menggeletar, aku harap biarlah ada pajero langgar kepala kau sampai berkecai.

sekian.

Selasa, Mei 12

jusco selection.


cyberjaya.

tempat yang super panas. terasa seperti berjalan-jalan di padang pasir yang bertraffic light.

aku sedang membuat assignment ketika aku melihat seekor nyamuk melilau di depan ku. aku memandang nyamuk itu dengan tekun. aku melihat ia tidak keruan. seperti terkena sawan memerang. peluh dingin, eh tak peluh panas mula mengalir dari dahi.

setelah berterbangan, nyamuk itu singgah di atas monitor laptop aku. dan aku melihat ia, dan ia melihat aku. seperti mengajak bertinju di dubai. aku sedang kepanasan, dan bila melihat seekor nyamuk mengusha panas aku, aku bertambah panas. tapi aku diamkan jua. aku tidak mahu dilihat seperti seorang retard kerana bergaduh dengan seekor nyamuk. dan aku terus melihat ia melihat aku.

"woi bok!"

kedengaran suara memanggil aku. aku mencari di sekeliling bilik aku. suara seperti paul banks, penyanyi kumpulan interpol. aku berasa cuak sehingga terkentut-kentut. mana mungkin paul banks berada di rumah aku. dia mesti berada di new york sedang bermain bersama anjing.

"woi lahabau. ni la. aku ni tengah panggil kau."

suara itu. suara itu datang dari nyamuk tersebut. seraya dengan itu aku terkejut sehingga aku memakan roti tanpa sedar. nyamuk bercakap? apakah semua ini??

nyamuk: ya. aku ialah nyamuk yang boleh bercakap. namaku mick jagger.

aku: adakah encik mick jagger penyanyi rolling stones itu? apa telah berlaku? mengapa menjadi nyamuk?

nyamuk: bukan. aku bukanlah mick jagger yang kau maksudkan itu. aku seekor nyamuk dari tambun, ipoh. bapaku peminat rolling stones lalu menamakan aku mick jagger sempena nama penyanyi band itu.

aku: wow. saya amatlah kagum. saya selalu nampak kawan-kawan encik kena bunuh dalam iklan shieldtox. adakah mereka juga boleh bersembang?

nyamuk: oh tidak. mereka itu tidak tahu bercakap. mereka hanya tahu dibunuh. tujuan aku datang kepada kau adalah bersebab.

aku: oh apakah dia encik mick jagger?

nyamuk: 0671.

aku: apakah itu encik mick jagger?

nyamuk: 0671. selamat tinggal bok. aku perlu beredar.

dan nyamuk itu meninggalkan aku. aku terasa bingung. apakah dia 0671?

keesokkan harinya aku masih teringatkan nombor itu. 0671. adakah ianya kombinasi nombor plat? adakah ianya petunjuk sesuatu? adakah mungkin jika ditukarkan akan menjadi 1706 maka 17 jun akan berlaku hari nyamuk sedunia? aku runsing memikirkannya.

lusanya aku sarapan di kedai mamak. memakan capati dan teh tarik nipis. lalu aku membaca surat khabar the star. sekadar mengisi masa lapang.

sedang khusyuk membaca tiba-tiba perkara yang aku runsingkan muncul di depan aku. 0671. aku melihatnya di surat khabar itu. lantas aku berbuih mulut seketika.

Magnum 4d winning results.

first prize: 0671
second prize: 9737
third prize: 7805

Jumaat, Mei 8

rokok penyebab keguguran janin.


encik lee chiko memandang aku sambil membuat muka bomoh.

"wei bok. ko nak benti rokok x?" tanya lee chiko.

aku memandang muka beliau sambil menghembuskan asap rokok.

"betul ke ni bai?" tanya aku.

"betul. kalu kene care mmg jadi la sial." jawab lee chiko.

berbekalkan rm2 milik encik lee chiko, kami membeli sebiji kelapa muda yang segar. dan kami pulang ke rumah untuk menjalankan upacara santau diri sendiri.

encik lee chiko mengambil pisau paling besar yang boleh diperoleh di rumah. merenung tajam ke arah kelapa tersebut.

"zaassss!!"

satu hunusan padu maut tepat memecahkan tempurung kelapa itu. tanpa berlengah lagi, encik lee chiko selaku pawang sumatera untuk malam itu meletakkan ramuan istimewa ke dalam air kelapa itu.

ramuan istimewa itu ialah tembakau dari rokok feveret anda.

lalu campuran air kelapa dan tembakau itu di kacau dan dibiarkan sebentar.

saat ditunggu sudah tiba. masa untuk meminum air kelapa neraka itu.

saat air kelapa neraka itu memasuki mulut, keluar satu aroma mengemukimakkan. secara tiba-tiba mulut terasa panas dan perut terasa memulas. tapi kami boleh handle lagi. sambil menjerit "spartan!!" kami berganti-ganti menghabiskan baki air kelapa neraka itu.

dan sampailah kemuncaknya. encik lee chiko membakar rokok untuk dihisap. sedut. hembus. sedut. hembus.

tiada perubahan berlaku. ujian gagal ke atas beliau.

encik lee chiko memberi baki rokok kepada aku. sedut. hembus. sedut. hembus. sedut. dan termuntah.

ujian lulus terhadap aku. aku berasa mual campur tak boleh blah apabila terbau asap rokok. aku sudah tidak boleh menghisap rokok. terasa amat terharu seperti menang olimpik. seperti kulit bayi.

lalu kami sudah letih dan pergi tidur.

keesokkan harinya.

"wei lee, ade rokok tak? sangap ni bai."

Ahad, Mei 3

termometer.


1.tatu.

2.tindik.

3.arak.

4.kelab malam.

5.dadah.

6.pelacuran.

7.mabuk.

8. restoran makanan segera.

9.teknologi.

10.sains.

11.kemanusiaan.

12.kemajuan.

seseorang pernah berkata kepada aku.

"orang melayu ni nak jadi orang putih. tapi kebanyakan yang nak jadi orang putih makan taik orang putih."

hasilnya?

pilih yang mana anda berkenan dari nombor 1 sampai 8.

seperti tajuk di blog aswani, "shela suh buat"


1) Adakah anda suka blogging? kenapa?
suka. tapi tak suka bile blog aku ade team members tapi asek2 aku yang update. pemalas. barua.

2) Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5
blog azwan ali, blog menjaga kecantikan, blog metrosexual, blog gedik, dan blog patut dipijak penulisnya.

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah org itu?
juliana evans. nak kena explain ke?

4) Taken or single? Mana lebih bagus?
single. senang hidup.

5) Pernah tak cinta anda tidak di balas?
aku seorang melayu tulen. seorang melayu tulen penakut nak approach orang yang dia suka. maka begitulah.

6) Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)
1.kaya.
2.kaya.
3.kaya.
4.kaya.
5.kaya.


7) Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
30. tapi lagi lambat lagi bagus.

8) Nak berapa anak?
maksimum 2.

9) Lucky person yg anda ingin tag:
yang berada di blog list aku. silalah buat kalau takde idea nak update blog.