Jumaat, Januari 30

Ini Bukan Novel

Prolog : 2007

ini kisah benar..cerita ini berkisar tentang seorang insan yg dahulunya seorang kawan tp kini ianya tidak lebih dari tajuk perbualan tika ingin membuat dosa kering..beliau ku gelarkan sebagai matlan (bukan nama sebenar)..

Bab 1 : Permulaan Indah

pada permulaan perkenalan kami bersama matlan memang kelihatan seperti tiada masalah..aku akui beliau seorang yg mesra alam dan murah dgn senyuman..encik p yg bawa beliau ke dalam dunia kami..tp encik p bukan seperti beliau..lama-kelamaan sifat sebenar matlan terdedah..

Bab 2 : Muka Sayu. Poket Menangis.

matlan sering mengepau rokok membe sedangkan beliau berkemampuan untuk membeli sekotak dunhill 20 ( pada masa itu harganya RM 7.20 )..kalo hari2 asek kena pau je mane bole tahan dowh..dan yg menyakitkan hati beliau jarang membeli rokok..damn! cane aku nk pau blk rokok kau..matlan juga sering menceritakan kisah beliau dgn awek beliau (sambil menghisap rokok yg baru di pau)..aku tak kesah sbb beliau ceritakan pada encik bok..tp aku kesah tentang rokok tu sbb beliau tgh isap dunhill 14 aku..

Bab 3 : Muka Joker. Hati Pasrah. Umpatan

beliau sering ceritakan perihal masalah beliau dgn awek beliau kepada encik bok..walaupun pada masa tu ada 5 org yg tgh lepak di situ tp cerita itu hanya di tujukan pada encik bok seorang..ya, encik bok bagai memegang jawatan Dr. Love di mata beliau..aku tak kesah sebenarnya kerna bukan aku yg bekerja di kaunter pengaduan itu..tp aku kesah sbb cerita beliau itu sedikit sebanyak telah mencemarkan mood hepy kami yg tgh melepak..lebih2 lg pada encik bok..

kalo sekali dua takpe la jugak tp kalo dah hari2 beliau cerita benda yg sama je, sapa yg tak rasa nak naik kaki..asal jumpa matlan je, mesti tajuk perbualan beliau ialah "awek ku" dan ayat pertama beliau ialah "Weh, pesal awek aku tu...." atau "Adoi, awek aku ni kan bok....". hmm amat jarang ayat pertama yg keluar dari mulut beliau ialah "Hai, kau sihat hari ni?" atau "Wow, kau semakin kacak.".. tapi yg aku selalu dengar ialah "Eh b*k, kenapa kau semakin gemuk?" ( aku tidak bermetafora )

tp aku kagum dgn encik bok..encik bok berjaya melayani kerenah matlan itu dengan senyuman dan nasihat membina walaupon di hati beliau terbit ayat2 carutan menghina..muka aku pada masa itu membawa maksud "kau ni menjengkelkan"..hanya encik bok yang faham maksud air muka aku tatkala itu..


To Be Continued...



cerita ini terpaksa dihentikan setakat ini..tiba2 aku bz..kalau aku free nanti aku akan sambung..nantikan kisah menyayat hati di kedai mamak dalam bab 4..

ini bukan poyo bai. ini betul-betul.


ada yang bertanya kepada aku.

watak A: wei bok, apsal name blog ko sandiwara paradigma? ape maksud die?
aku:(sambil menghembus asap rokok dengan muka cool) entah la bai.

begini. sebenarnya aku sendiri tak tahu apa maksudnya. tapi, nama itu ada sejarah. sejarah mungkin berulang. owh tomok.

sebenarnya, sandiwara paradigma itu ialah nama band aku dahulu. band yang kini telah berkubur. kami menubuhkan band ini ketika masing-masing baru lepas peperiksaan spm. di mana ketika itu masing-masing sedang menganggur dan malas mencari kerja part time di kfc, mcd, 7eleven dan sebagainya.

dan genre musik apa yang kami bawakan ketika itu? hmm. ketika zaman itu, punk rock sedang popular. dan seperti kebanyakan lepasan spm yang lain, kami juga mahu mengikut trend. maka kami pun bermain musik punk rock. dan kami berjamming ibarat sampah ketika itu.

kemudian, masing-masing membawa haluan sendiri selepas mendapat tawaran ke universiti. bila cuti semester baru berpeluang berjamming bersama. tapi ketika itu, selera masing-masing sudah berubah. ada yang dah jadi mars volta. ada yang dah jadi children of bodom. ada yang dah jadi pink floyd. lalu, sesi jamming menjadi semakin sampah.

kini, 6 tahun sudah berlalu. dan kini kami bercadang untuk bermain musik semula. tapi bukan lagi musik punk atau emo atau hardcore shit itu lagi. kami mahu bermain musik ibarat zaman mak bapak korang masih bercinta. seperti musik-musik dari sweet september, ben e king, neil sedaka, ogy ahmad daud(betul ni bai), dan sebagainya. dan mungkin akan memasukkan sedikit elemen jazz. tapi ada juga terlintas untuk membawa genre post rock. hmm entah.

tapi ada satu masalah. kami tiada vokalis.

jadi di sini aku ingin bertanya. kau nak jadi vokalis tak?

Khamis, Januari 29

temok temok temok.


ini bukan encik s. betul. bukan dia. percayalah.


aku ada seorang kawan. mari kita gelarkan beliau dengan nama encik s. encik s adalah seorang lelaki yang gilakan kerja. sepanjang zaman remaja beliau sehingga ke hari ini, beliau memang sangat pentingkan kerja. dan benar, beliau kelihatan seperti tiada hidup.

ketika zaman remaja beliau, ketika masih bersekolah. bayangkan hidup anda seperti ini. pagi ke sekolah sampai pukul 1 petang. pukul 2.30 petang, bekerja di salun. pukul 8 malam, sambung kerja di pusat gim. pukul 12 malam, kerja sebagai cashier di shell sehingga pukul 6 pagi. kemudian balik ke rumah, mandi(tapi kadang-kadang tak mandi), dan terus ke sekolah. dan memeritkan keadaan, mempunyai awek ketika di sekolah yang hanya tahu mengikis duit beliau. dan akhirnya meninggalkan beliau tanpa sebab. dan keputusan spm beliau agak kurang memberansangkan. dan kebanyakan guru dan rakan-rakan sebaya memandang rendah kepada beliau.

kemudian, beliau dipilih menyertai plkn selama 3 bulan. dan beliau ini bukan calang-calang manusia. berbekalkan muka yang agak jambu(aku sebenarnya taknak puji kau, tapi terpaksa. damn.), beliau berjaya mendapatkan seorang awek baru. nama beliau juga bermula dengan s. kita panggil beliau cik s.

cik s ini ialah seorang perempuan yang tidak sedar di mana bumi dipijak. beliau boleh la dikategorikan sebagai produk-produk uitm yang berlagak dan bajet hot.(no offence but that's the truth). mereka bercinta sehingga zaman encik s masuk ke universiti. dan ketika itu, encik s menggunakan skuter sebagai kenderaan harian. dan cik s, tidak suka menaiki skuter. cik s mahu naik kereta jika keluar berdating dengan encik s. lalu terpaksa encik s meminjam kereta dari encik bok, semata-mata kerana sayangkan cik s.

satu fakta menarik, cik s tidak sukakan encik bok. pada beliau, encik bok ialah seorang lelaki yang tiada standard, bersepah(benar, sampai sekarang aku bersepah), suka hisap rokok murah, dan sebagainya yang negatif. dan memandangkan personaliti encik bok begitu, beliau melabelkan encik bok sebagai golongan bodoh dan tidak terpelajar, sedangkan ketika itu encik bok sedang membuat degree dalam kejuruteraan elektrik dan elektrikal di uniten. ketika sebelum encik bok kena kick. haha. dan cik s ketika itu, sedang membuat diploma dalam bidang mass comm. ironi.

dan encik s. encik s seorang yang mementingkan kawan-kawannya. dengan poin-poin di atas, encik s memutuskan hubungan dengan cik s.

(dan sekarang kau dah tahu mengapa aku anti dengan golongan perempuan seperti ini, kan?)

di zaman universiti, beliau tidak bekerja. dalam tempoh 2 tahun setengah itu sajalah beliau tidak bekerja. beliau mengambil jurusan kejuruteraan komputer. dan mungkin rezeki beliau lebih kepada bidang komputer berbanding bidang biologi ketika di sekolah dulu. beliau menjadi genius komputer. tapi beliau bukan nerd. cuma genius komputer. beliau grad dari universiti dengan jayanya. god put a smile upon his face.

sekarang, beliau sudah senang. gaji sebulan beliau boleh mencecah sehingga 5 angka sebulan. dan habit gila kerja beliau masih tidak boleh dikikis sampai sekarang. beliau kini sudah mendapat awek yang baru(sebenarnya dah nak dekat 2 tahun dah). namanya cik j. dan cik j aku rasakan memang sangat sesuai dengan beliau. dua-dua sama sengal. dua-dua sama bengong. dan cik j ini bukanlah golongan paris hilton yang bajet hot dan berlagak kaya. itu yang paling mengagumkan.

tahniah kepada kau encik s. esok lusa belanja la aku makan. mekasehh.

Rabu, Januari 28

orientasi.


ya. dan kini blog ni sudah ada penulis baru. beliau bernama fit. beliau tak hensem. haha. itu gurau.

dia ni kawan aku dari budak-budak dulu. dan ni ialah kali pertama dia blogging. tapi jangan pandang rendah kat beliau. dia banyak pengalaman dalam hidup dia so marilah nantikan penulisan-penulisan kental daripada beliau.

cheerio.

i am the new one!!!


hai..aku adalah penulis jemputan bg blog ini...that mean aku adalah second user bg blog ini...so aku akan cuba memberikan post yg memberangsangkan untuk tatapan korang2 yg membaca blog ini..sekian mekaseh