Sabtu, Januari 17

mbak.


aku ingin menulis tentang pemergianku ke indonesia, tapi aku sedang mengantuk, penat, dan berada dalam keadaan migrain. akan di update di kemudian hari.

dan ya, aku selamat sampai ke malaysia. and it's good to be back, albeit having treated as a king is one of my dreams(ya, mereka sangat hormat orang malaysia), but yeah, i prefer nasi lemak rather than bakso.

Rabu, Januari 7

bakso kurang cabai.



jangan risau. mereka tidak membunuh.

aku akan ke jakarta dan bandung pada 9 januari ini sehingga 15 januari 2009. masih ada 2 hari lagi tapi aku mungkin akan sibuk sedikit maka aku mungkin tidak akan sempat untuk mengupdate blog. jangan tangisi pemergianku.

dengan itu, aku harapkan doa kalian untuk aku selamat pergi dan balik. dan ya, jika nak kirim apa-apa, aku tidak terima kiriman air liur. sekian, terima kasih.

Selasa, Januari 6

klinik idzham.


amacam? blog aku sekarang dah ada lagu-lagu.

ada rasa macam masuk tadika tak?

Isnin, Januari 5

luka tangan.



oxford comma, dari vampire weekend.

cable plug.


aku baru lepas potong rambut. dan aku rasa aku seperti budak sekolah yang mula bersekolah hari ini. bodoh punya amoi. harap je nama salon, tapi aku mintak lain kau potong lain. damn.

aku sedang dalam perjalanan balik dari mersing selepas menghantar adik aku ke MRSM mersing yang macam kubur jepun, apabila tiba-tiba aku teringatkan seorang kawan aku yang dah lama aku tak ketemu. namanya, Fiz.

aku kenal dengan beliau ketika aku masih menuntut di uniten lagi. universiti pembunuh cita-cita. heh. dan, beliau antara orang-orang terawal yang aku kenali di sana. beliau agak(bukan, bagi aku dia sangat) jambu, ingin menjadi punk rocker dan sering emo. beliau datang dari gunung rapat, perak. kawasan yang agak kampung dan terpencil di perak. ketika beliau baru belajar hidup di kuala lumpur, memang keadaan dia sangat noob. dia masih sedang melalui fasa mempelajari adat orang lain.

aku tinggalkan uniten dan belajar di tempat lain. ditakdirkan satu hari itu, aku bertemu dengan beliau secara tidak sengaja.

"woo bro, ape kabar bro? malam ni dtg la havana, gua open table. siap butterfly and jackd 4 botol. dah lama tak jumpe kene la celebrate kaw-kaw kan?"

setiap permodenan dan peningkatan taraf hidup, ianya juga hadir dengan kemunculan sosialis yang tumbuh seperti cendawan. orang kampung tidak terkecuali.