Isnin, Januari 5

luka tangan.



oxford comma, dari vampire weekend.

cable plug.


aku baru lepas potong rambut. dan aku rasa aku seperti budak sekolah yang mula bersekolah hari ini. bodoh punya amoi. harap je nama salon, tapi aku mintak lain kau potong lain. damn.

aku sedang dalam perjalanan balik dari mersing selepas menghantar adik aku ke MRSM mersing yang macam kubur jepun, apabila tiba-tiba aku teringatkan seorang kawan aku yang dah lama aku tak ketemu. namanya, Fiz.

aku kenal dengan beliau ketika aku masih menuntut di uniten lagi. universiti pembunuh cita-cita. heh. dan, beliau antara orang-orang terawal yang aku kenali di sana. beliau agak(bukan, bagi aku dia sangat) jambu, ingin menjadi punk rocker dan sering emo. beliau datang dari gunung rapat, perak. kawasan yang agak kampung dan terpencil di perak. ketika beliau baru belajar hidup di kuala lumpur, memang keadaan dia sangat noob. dia masih sedang melalui fasa mempelajari adat orang lain.

aku tinggalkan uniten dan belajar di tempat lain. ditakdirkan satu hari itu, aku bertemu dengan beliau secara tidak sengaja.

"woo bro, ape kabar bro? malam ni dtg la havana, gua open table. siap butterfly and jackd 4 botol. dah lama tak jumpe kene la celebrate kaw-kaw kan?"

setiap permodenan dan peningkatan taraf hidup, ianya juga hadir dengan kemunculan sosialis yang tumbuh seperti cendawan. orang kampung tidak terkecuali.

Ahad, Januari 4

jawab soalan, dapat award. heh.


dan untuk kali ini aku di tag pula oleh hanis aqilah. dan ini, adalah kaedahnya. bila difikirkan balik, jika aku ditag, ayat yang aku guna macam dah ada template. cheh.

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag




1. sudah di copy paste.
2. diberikan oleh cik
hanis aqilah.
3. fakta tentang aku.

aku berumur 22 tahun.
bujang.
dalam perhubungan serius.
akan ke jakarta pada 9 januari 2009.
pernah di kick dari mrsm jasin, melaka.
pernah di kick dari uniten bangi.
ada parut jahat di siku kiri kerana berjaya membuat stunt terbang ketika zaman menaiki skuter dahulu.
memakai cermin mata, tapi power rendah.
pernah membela seekor kucing yang paling biadap, yang ketika kecil disangka betina namun sebenarnya jantan. namun, sampai sekarang namanya tetap belum ditukar ke nama yang lebih maskulin.
mempunyai band sendiri yang ibarat "mati segan, hidup tak mahu".


4. dia suruh aku tag 10 orang, aku tag anda yang membaca post ini. eh, aku rasa macam pernah tulis ayat macam ni. adakah dejavu?




sedang mengantuk.


aku di tag lagi. oleh shela. dan ini adalah kaedahnya. urgh.

2008 Awards


  • Best day Award - seperti shela, jawapan aku ialah di hari jadi aku. aku suka dicampak ke dalam swimming pool pada pukul 2 pagi.
  • Best Memory Award - dapat melihat perangai sebenar kawan yang bermuka-muka.
  • Best Friend Award - aku sayang semua kawan aku. tiada diskriminasi. aku jujur wei.
  • New Friend Award - heh?
  • Best Enemy Award - Mohd Azlan Bin Jamari.
  • Song of The Year - neighbourhood#2(laika) oleh arcade fire. lagu lama tapi ahh peduli apa aku.
  • Movie of the year - erm. entah la. tahun 2008 aku kurang tengok wayang.
  • Male Singer of the year - jens lekman.
  • Female singer of the year - fiona apple.
  • Duo/Band of the year - explosions in the sky.
  • Actor of the year - edward norton.
  • Actress of the year - maaf. tiada jawapan.
  • TV program of the year - the best of saturday night live.
  • DJ of the year - maaf. tiada jawapan.
  • TV host of the year - maaf. tiada jawapan.
  • Scandal of the year - maaf. tiada jawapan.
  • Best Hang Out Spot - restoran d'mamak.
  • Best Cinema - IOI mall.
  • Best Eating Place - uptown damansara.
  • Best Bowling Spot - maaf. tiada jawapan.
  • Best Bookshop - kinokuniya.
  • Best Shopping Spot - aku tak pernah rasa best bershopping. macam mana aku nak jawab soalan ini?
  • Best Karaoke Spot - dekat pool tempat aku selalu main ada karaoke jamban.
  • Mostly Done Activity - melepak. tak pernah miss walau satu hari.
  • Best Website - www.issuu.com
  • Other awards you would like to give
- The Biggest Douchebag of the year - Mohd Azlan Bin Jamari.
  • Best Things - laptop, hp, kereta, kamera dan pspku.


9 people you wanna tag

aku tag anda yang membaca blog ini dan mempunyai blog sendiri. pedulikan dia suruh tag 9 orang. undang-undang dicipta untuk dilanggar. dengan itu, manusia dapat memajukan diri mereka. ok aku sudah melalut.

Khamis, Januari 1

ke laut.


seorang kanak-kanak ingin memakan mangga.
dia terlihat sebuah pokok mangga.
buahnya banyak.
dia berasa gembira.
namun, pokok mangga itu tinggi.
budak itu mengeluarkan lastiknya.
namun, getah lastiknya putus.
untuk memanjat, beliau tidak berani dan tidak rajin.
maka, beliau menunggu sehingga buah mangga itu sendiri jatuh.

sehari
dua hari.
seminggu.
dua minggu.

akhirnya buah mangga itu pun jatuh.
budak itu berasa gembira.
budak itu mengutip buah itu.
buah itu sudah rosak dan berulat.
budak itu sedih.
dan dia terus menunggu buah yang tidak rosak.

selamat tahun baru 2009.