Rabu, November 19

letupan di angkasa.

asyik-asyik letak gambar je. nah, Welcome, Ghosts dari Explosions in the Sky.

Selasa, November 18

urban.


orang malaysia, golongan penonton tv yang mempunyai peningkatan cepat hari demi hari. dan sebenarnya, kemunculan tv sedikit sebanyak mengubah cara hidup orang malaysia.

apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan? begini.

kau pernah tengok siri Gossip Girl, The O.C, dan lain-lain?(maaf, aku memang tidak update tentang siri drama amerika, bosan. cuma satu saja, Flight of the Conchords). apa kau rasa selepas menonton siri tersebut? terasa nak jadi hot dan kaya, kan?

kalau kau seorang rakyat malaysia tipikal, ini yang akan berlaku pada kau. kau akan mula menukar cara pemakaian, mula menggunakan perkataan "i" dan "u", cara bermekap, semua perempuan mahu menjadi kurus dan lelaki mahu mendapatkan "v shape", akan mula mengunjungi kedai barangan berjenama(topshop, sebagai permulaan), mula berasa ingin mengunjungi kelab malam, mahu aneroxia nervosa tapi malu, kamu akan suka bergambar, kedai mamak dan gerai melayu bukan keutamaan untuk makan, dan keyakinan diri kamu semakin tinggi. owh ya, dan kamu akan mula menggunakan perkataan "i" dan "u". eh, terulang ayat yang sama.

dan apa yang kelakarnya? semalam, aku berjumpa golongan demikian. dan seperti biasa, golongan ini akan merasakan diri mereka hot, maka memandang aku seperti aku ini golongan bawahan. dua orang lelaki dan seorang perempuan. semuanya bermuka angkuh, memakai hoodie yang di beli dari topshop(kedai over rated separa ekslusif) dan paling kelakar, memakai shades di waktu malam. mereka berjalan menuju ke kereta kancil ex660 model lama, menghidupkan enjin dan terus menghilangkan diri. tertera pelekat kereta di belakang, "UITM di hatiku" bersekali dengan pelekat satu lagi jenama over rated separa ekslusif, quiksilver dan roxy.

kalaulah mereka tahu yuran belajar mereka di Uitm untuk keseluruhan semester mereka lagi murah dari yuran belajar aku selama satu semester di tempat belajar aku, dan mengetahui tempat belajar aku tiada pinjaman seperti tempat belajar mereka, mesti mereka ingin berkawan dengan aku. atau pun setidak-tidaknya meminta pelekat kereta tempat belajar aku untuk menggantikan pelekat kereta mereka.

Rabu, November 12

tergigil.


adakah kau merasakan belajar di tempat yang ekslusif dan dipenuhi pelajar dari luar negara amat membanggakan dan boleh berasa diri ini hot? jika ya, kau memang tipikal melayu.

aku belajar di tempat begitu. dan sebenarnya, aku dah memikirkan kesan jika belajar dan tinggal di kawasan dipenuhi warga asing. dan apa yang aku takutkan, terjadi 4 hari yang lepas. seorang pelajar nigger(kami di sini memang racist, so what?) yang tinggal di depan rumah aku telah berjaya membunuh diri dengan terjun dari tingkat 9 melalui tingkap biliknya yang betul-betul menghadap pintu rumah aku. mayat beliau ditemui di rumah sekumpulan pelajar perempuan di tingkat 1 dan kebetulan salah seorang pelajar perempuan di rumah itu sedang memasak apabila mayat nigger itu jatuh betul-betul di hadapan beliau. nigger itu, mati di tempat kejadian.(duh!)

kagum kan? budak gothic, tak nak try sekali ke main terjun-terjun?

Jumaat, Oktober 31

depan muka.


blog. apa itu blog? aku mengambil fakta ini dari urbandictionary.com.

"A place where people bitch about their daily activities which nobody is interested in. topics like why they argue with boyfriend and how they end up together at last, daily aneroxic activities like drinking blended organic fruits and vegetable for breakfast, lunch and dinner, talking about cutting themselves with a razor blade and how good they felt, bitch about their shopping activities and what they got. just another way to seek attention and sympathy from other people."

dan ini adalah tafsiran yang satu lagi.

"A recent and disturbing trend on the internet. A blog lets people easily post comments onto a webpage. While blogs have many purposes, some of which can be useful, most people seem to use blogs as a way of having an online diary. These people have such massive egos and are so narcissistic that they believe that other people would be interested in reading their pointless ramblings. Even more disturbing is the fact that many people have such boring lives that they have nothing better to do than to read these stupid online diaries. They just feed the egos of the "bloggers" and encourage them to continue posting nonsense. Hopefully, "blogging" will turn out to be just a fad that passes quickly."


ermmm.




semak.


aku mendapat mesej ini dari akaun friendster aku. beliau ialah seorang perempuan yang aktif dan mencintai muzik. dan mesej beliau berbunyi begini:

"COMMON CHAOS" Gig!

Bands:
Braindead, T.B.K, Second Combat, Morggorm, Restraint, Whispering Amok, Cassandra, Heterodox, Incarnation, Suzsbriea, Naratu

Date: 8th Nov 2008

Venue: One Cafe, Jln Silang, KL

Ticket: RM20

dan beliaulah yang organize gig ini. gig metal ni bai. sekarang ni bersepah gig indie. gig metal dah macam minoriti. sedangkan sebelum indie naik, korang cuba la pergi mcpa hall depan stadium merdeka tu, selalu je ada gig metal. sekarang? bersepah budak indie berkamera dslr menangkap gambar kawan-kawan yang berposing paris hilton sambil menggunakan auto focus.

aku bukanlah anti indie. aku dengar semua jenis muzik. dan aku merasakan ian curtis dan thom yorke adalah genius. cuma aku pelik, kenapa sekarang ini baru budaya indie nak naik? aku memang tak paham. aku rasa, remaja-remaja di malaysia semuanya tipikal. gemarkan benda yang over rated.

biar aku rumuskan ketipikalan remaja-remaja di malaysia ini selama aku hidup. kita mulakan dari zaman aku mula mengenal muzik. ketika zaman kurt cobain mati. selepas 1994, semua orang nak jadi grunge. dan seperti biasa, band-band grunge yang famous sahaja yang menjadi bualan remaja ketika itu.(alice in chains, pearl jam, nirvana of course, soundgarden, mudhoney sekadar beberapa nama. aku tahu pasal benda ini dari abang aku. aku ketika itu baru berumur 8 tahun. dan aku gilakan nirvana ketika itu. haha gila ironi.)

lepas itu zaman boyband. ermm. kenal backstreet boys? nsync? five? 911? kalau kenal maka kau juga pernah berada di zaman kegawatan ekonomi di malaysia dulu.

kemudian zaman hiphop. erm aku tak nak komen zaman ini sebab aku pernah terkecimpung di zaman ni sekejap. waktu zaman hip hop naik, dr dre masih menyanyi lagi. sekarang dia dah buncit.(walaupun dulu pun dah buncit). limp bizkit pun naik ketika zaman ini, dan aku pun terus murtad hiphop dan berkecimpung dalam arena rapcore sekejap. biasa lah, aku kan poseur.

kemudian, linkin park. band yang paling membawa pengaruh terbesar di arena keremajaan akil baligh remaja ketika sekitar tahun 2000. semua nak jadi mike shinoda dan chester bennington. semua dah pandai rapping. aku balik kampung pun ramai budak kampung dah pandai sembang bahasa inggeris dengan aku. padahal sebenarnya guna lirik lagu 'crawling'.

lepas tu, kemunculan band my chemical romance. ramai kanak-kanak menjadi emosi. semua nak mekap macam mayat. semua nak buat rambut tajam-tajam. semua nak jadi gerard way. aku pergi time square pun aku rasa macam dalam bilik mayat. tapi mengagumkan, di time square ada mayat bersayap dan berpayung dan pakai coat. mesti dorang ingat mati nanti pakai coat. salah tu kanak-kanak semua. korang mati nanti pakai kain kapan yang warna putih tu. lain la kalau kau bukan beragama islam.

dan sekarang zaman indie. erm. kau tengok sendiri la sekeliling kau. budak bilik/rumah kau pun boleh jadi budak indie. keluar rumah pun boleh jumpa budak indie. pergi pasar malam pun boleh jumpa budak indie. bosan. aku bosan.

apa-apahal, tahniah kepada engkau, cik didgeridoo, kerana berjaya menarik hati aku untuk kembali berpogo bersama-sama. dan kepada budak-budak indie, lepas ini trend apa pula? dangdut?