Khamis, November 13

Nafas Baru

Fuuuhhhhhhh!

Bertahun aku tak update blog. Gila babi. Selama beberapa tahun ni, apa yang dah berubah:

  1. Aku dah habis belajar.
  2. Aku dah kerja.
  3. Aku dah kahwin.
  4. Aku dah ada anak.
Kenapa aku update balik blog ni? Sebab aku rasa aku dah jadi manusia yang normal, mengikut peredaran zaman, menjadi pakcik-pakcik. Aku dah menjadi orang yang aku taknak jadi 5 tahun lepas. Even aku dah lupa cara menulis.

Aku dah hilang identiti.

Fuck.


Isnin, April 25

Memory Remains

hari ini kita kehilangan lg satu bintang yg sgt2 berharga di dunia ni..

considered as "reincarnition of god" by his spiritual devotees, he was really the man to be lived up with

SATHYA SAI BABA..you will be missed. . . . . by your people




Ahad, April 24

mariboro.

botak. kurus. muka hingus.

ini adalah description kepada pencuri/penyamun/pencopet/babi/syaithon/fuki/fantek yang berleluasa di kawasan perumahan aku.

oleh itu, sebagai golongan yang menggunakan medium internet sebagai sumber mencari maklumat, lalu aku mengoogle perwatakan ini.

dan ini yang aku peroleh.



takkan la kan?

Sabtu, April 23

tp-link.

dah lama tak menulis di sini, aku rasa kekok.

sebagai pengenalan, hai, saya bok aizad. di blog ini ada 3 lagi penulis iaitu rashid ahmad, fit dan hati kudus.

sekian pengenalan dari hiatus yang agak lama. dan bermula kembali, hiatus yang satu lagi.

Sabtu, April 16

Coming Soon


mgkn akan kembalinye kami kepada blog ini...maybe?
tunggu jela dan kite tgk sape yg update dulu..

Isnin, September 20

Tahniah! Tahniah!

Knp tahniah? sbb blog ni sudah melebihi 20ribu org memerhatikan..mgkn penambahan ini kerana setiap penulis2 yg tertera di sini, sudah membuka blog ini lebih dr 5ribu kali setiap org..tp yg penting sekarang ni srg ni, aku cume nak menunjukkan wajah chef kamarul je..tu je..knp? sbb aku memang saje..jgn byk tanye lg..aku ckp saje je ok..haha



Khamis, Julai 1

Keisuke Honda



seperti kita lihat di atas, ini adalah rekaan terbaik pernah honda keluarkan dan masih lg yang terbaik..honda nsx..ia boleh diconsider sebagai antara kereta terbaik pernah dibina..harganya tak pernah menurun,malah meningkat..sama seperti Mclaren F1(yg kereta la bai..), harganya melonjak 3kali ganda dr harga asal..malah lebih dari itu..kereta "chick magnet"..atau penarik wanita(..that doesnt sound too good..)..tp kita digemparkan bahawa honda tak akan keluarkan lg model nsx dan telah menukarkannye kepada ini...







say hello to honda hsv..

picture speaks the words..dan apabila di makeupkan cantekk punye...








dan ya, betul..Celaka! sgt cantik la lahanat!!! aku nak bli satu!

Rabu, Jun 30

Xia Xuan Tze



aku telah melihat di kotak bergambar aku td..discovery channel..

program tu telah memunculkan cerita bagaimana sistem jalan raya dan pengangkutan di China..

setelah melihat program itu, pandangan ku terpancar sebentar pada suatu ketika..

"Chinese people in Mainland usually buy cars in cash..they bought their car relatively in a day to where they usually search for the right car for hours and sometimes they take more than 12 hours.. "

aku terpikir di mana encik bok telah memberitahu pengalamannya ketika berada di mainland China..

encik bok: ko tau tak hari tu aku g china, smpi sane aku terkejut..ko mesti fikir orang china ni lopek, ha...(nada kejutan)..ferrari dengan volkwagon aje yg ade di jalan raye..

wow......bagaimane agaknye dorang beli ferrari..? pakai t-shirt pagoda, sluar jeans smpai takat lutut, smpai but phua chu kang dan berjalan smbil mengorek hidung..

chinese mainland: aa..tauke ar, mau bili satu fellali 485 yang balu tu ar..belapa ar halege?

dealer: hmm..that cost about CNY6.5million, sir

chinese mainland; oo..talak manyak la tu..kejap ye..(smbil mengeluarkan walkie talkie)..ello ar ah beng, lu bagi undut skit loli aku tu..undut skit lali..ok..ok..bg tulun luet2 dari loli tu..ha..toke ar, ni luit tu..sume halege CNY 6.5 luta..wa ale luet, lu bagi wa kete fellali yg wa suke..oh ye, wa nak plet 8888888 kat fellali wa sbb wa sangat kaye

Isnin, Jun 28

Kisah-nya (Bahagian 2).

Alang-alang dengan post yg sangat pendek. Ini ada satu lagi untuk dikongsikan bersama-sama rakan serta kepada yg kisah.

4. Kisah-nya, it came from an Old English frÄ“ond, of Germanic origin; related to Dutch vriend and German Freund, from an Indo-European root meaning ‘to love,’ shared by free (Sekali lagi, pernah dengar Google? Ia sangat sensual).

Kisah-nya.

iii. Basically, it came from Old English lufu, of Germanic origin; from an Indo-European root shared by Sanskrit lubhyati ‘desires,’ Latin libet ‘it is pleasing,’ libido ‘desire,’ also by leave and lief (Anda pernah dengar Google?).

Khamis, Jun 24

Drama.

b. Kenapa perlu drama, amarah, gaduh, perlian (sarcasm) , serta makian tapi bukan perbincangan dan keadilan diabaikan? Oh, jangan lupa juga kepada keluhan. Saya tahu anda semua turut tidak akan serta pernah peduli. Abaikan.

Selasa, Jun 22

world cup of life



drama sebenar kembali setelah 4 tahun menanti..dpt mengalahi maria mercedes dan yo soy betty la fea

semua elemen2 terserlah di dalam drama ini..


ada yang memiliki hati yang nasionalis tinggi--(korea utara)
ada yang ingin mengembalikan martabat lama yang semakin memadam--(perancis)
ada yang ingin memiliki kelebihan dengan berpecah--(slovakia, slovenia, serbia)
ada yang ingin mencuba nama baru di mata dunia--(new zealand, ivory coast)
ada yang menjadi pelakon2 soap opera--(itali)
ada yang menjadi ingin mempertahankan benua sendiri--(spain, brazil)
ada yang mempunyai media yang bermain world cup--(england)
ada yang sgt membenci vuvuzela--(semua kecuali benua afrika)
ada yang membenci jabulani--(goalkeeper yg lopek)
ada yang tidak lagi dpt menetapkan impian yg sebenar--(malaysia?)

inilah drama yg terbaik pernah muncul dikaca tv yg membuat aku xtido malam dan mempunyai eyebag yg sgt berat dan hitam..namun inilah yg ku nantikan selama ini..terima kasih dunia..terima kasih ku ucapkan

Isnin, Jun 21

Formspring.

1. Pura-pura sibuk. Mari berak.

Isnin, Jun 7

main cirit.

dulu bukan main sembang kata nak update tetiap hari.

heh. update my ass. same gak sembang tip top.

Rabu, Jun 2

dunhill.

haaah! mula lah tu nak boikot barangan dari us ngan israel.

pastu lepas 2-3 bulan pakai balik. semangat tak kental betul.

oh lupa. barulah malaysian.

Selasa, Jun 1

musang.

aku sedang membakar sebatang rokok luffman virginia blend. untuk mendapatkan tempo dan ritma. aku sedang berada dalam keadaan halusinasi. seperti berada di dalam roller coaster.

andaikan satu hari nanti, sebuah bom atom jatuh di kuala lumpur, adakah anda masih terasa mahu shuffle dan menyokong manchester united?

andaikan satu hari nanti, pembunuhan besar-besaran berlaku di kuala lumpur atas sebab perebutan kuasa, adakah anda masih terasa mahu lepak sap kok lu di kedai mamak dan ke private party?

aku mula berasa pelik. umur sudah meningkat, tapi terdapat sebiji jerawat besar tumbuh di pipi. adakah aku semakin awet muda sweet sixteen? ataupun darah aku semakin kotor kerana longgokan toksin dan tar di dalam badan?

aku selalu mendengar perkataan "you are the girl of my dreams" dikatakan kepada awek/gundik/skandal masing-masing.

andaikata, esok malam kau bermimpi perempuan yang lain, adakah perempuan sebelum itu tetap menjadi relevan?

ada orang cakap kat aku, hidup ini, simboliknya macam taik. "life's a shit" bak kata kanak-kanak rebel lepas sekolah. walau macam mana kau lari, tetap akan ada masalah menanti. ibarat taik. camne pun kau jijik, bila kau berak, kau akan nampak taik. kau akan bau taik kau. jangan nak sembang best bajet-bajet taik kau wangi. dan sepanjang hidup kau, selagi kau boleh berak, selagi tu lah kau akan jumpa taik.kalau kau tak pam, nanti jadi lagi jijik. kalau kau pam, taik hilang. heh.

dan samalah dengan hidup dan masalah.

cheerio.

Isnin, Mei 31

Wookie.

ahhh baru bangun tidur!

cis berhabuk.

Isnin, Mei 3

entri bernoktah.

kerispatih - mengenangmu

Tak kan pernah habis airmataku,
Bila ku ingat tentang dirimu,
Mungkin hanya kau yang tahu,
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah di sana kau rindu padaku,
Meski kita kini ada di dunia berbeda,
Bila masih mungkin waktu kuputar, kan kutunggu dirimu

Chorus:
Biarlah ku simpan, sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku, kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi


aku ingin menyampaikan hasrat ku di sini bahawa aku sudah meneruskan perjalanan blog ku sendiri. ini kerana blog aku sudah lama kesepian tanpa sebarang penulisan. dan keputusan ini juga di buat tanpa ada pengaruh luaran atau orang ketiga, keempat, kelima mahupun ke seratus. dan kenyataan ini tiada kena mengena atau kesinambungan dengan orang yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

terima kasih pada yang memberi sokongan selama ini.

maaf ya encik bok, encik makanbudak, dan encik hatikudus.

salam ikhlas dari Fit.

Selasa, April 20

Cara untuk Berhenti Merokok


Setelah penat menjalani kursus pembuatan bom di Russia, rindu aku pada ruang kotak putih ini untuk mencoret apa yang terisi terkandung dalam kepala otak aku. Dan semesti nya aku tidak akan mengajar kau orang tentang cara-cara membuat bom di sini (pasti lah, aku tidak mahu diburu kerajaan Malaysia seperti mana kami pernah memburu Abuya Ashaari Mohammad, google jika tidak tahu, di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu).

Okay, that is not a basic point to be talk about. Aku ingin bertanya pada semua, pernah tak kau orang merasa banyak kekeliruan yang berlaku dalam hidup kau pada masa yang singkat? Maksud ku, sangat singkat which is not even a day. Banyak perkara yang membuatkan kau keliru, rasa bersalah, berfikir secara kritikal, serta menyukarkan situasi di mana, kau sebelum ini amat hebat dalam membuat keputusan tetapi pada tika itu, kau menjadi kaku tidak mampu berfikir. Pada dasar nya, semua ini melibatkan hati dan perasaan. Capability akal dan fikiran pasti dipinggiran. Kerana itu lah, kemampuan untuk berfikir dengan waras menjadi sedikit hambar.

Aku pernah takut untuk One-on-One dengan subjek ini pada satu ketika dulu. KARMA. Ya, aku akui banyak kesilapan lampau yang mengajar aku dan semua itu telah pun dibayar cash. Tapi, kenapa perlu aku gerunkan beliau? Bukan kah itu bakal mengajar kau cara membesar dengan sihat dan kuat (iklan Milo punya tagline). Aku ingin mengubah persepsi aku di sini, pada hari ini, pada pagi ini, pada saat ini, bahawasanya, aku 'langgar' beliau untuk kepuasan diri ku sendiri. Ini adalah apa yang aku mahukan serta inginkan dalam kepala otak aku sekarang. So basically, jika aku ikut kan kepala otak aku, itu tidak melibatkan nafsu sama sekali bukan? Ya, aku lebih suka begini daripada begitu. Oleh itu, aku berharap 'begini' tidak menghampakan aku sama sekali. Aku sedar selama ini aku hanya mengikut arahan. As a result, banyak penyesalan yang terpendam dalam kehidupan lampau aku. Tidak kira di padang kawad, di medan perang, di pusat latihan, semua pun mengikut arahan. Apa kata kali ini, aku yang ingin mengarah. Aku ingin menyeru pada semua, jangan asyik mengikut arahan atau pun terikat pada sesuatu yang menyebabkan kau tidak mendapat kepuasan diri dalam hidup kau. Be in charge and be the boss. Cuba dapat kan kepuasan diri kau orang dalam kehidupan masing-masing, selagi punya masa, sebelum kau menyesal.

Boleh aku be in charge and be the boss kepada kau?(mampus tak layan).

(Jika boleh, aku tak mahu seperti ini).

Selasa, April 13

Konsert Double Trouble 1 May 2010


wow!! aku memang x sangka. korang tau tak apa dia? haa ni yang nak cerita ni. konsert double trouble bai. Search dan Wings bersatu sekali lagi. lagenda rock kapak malaysia akhir nya nak buat konsert sama2.

konsert ni memang aku dok tunggu2 da lama da. ye la kan. masa dorang ni tengah naik dulu, tengah top dulu, aku tengah baby lagi. mane la nak tau pasal dorang ni sangat. dorang ni kan top masa 80-an dulu. Search menang AJL pon tahun 1989 dengan bawak lagu isabella. masa tu wings bawak lagu taman rasyidah utama tapi kalah gak. masa tu yang rock kapak tengah top gila2.

kalau dulu mak bapak korang maybe la tengah layan rock kapak kan. rambut ala2 ngerbang2 dulu. pakai seluar ketat bawah kecik. tak pon ade yang rambut ala2 the beatles. dulu memang best la. memang zaman2 rock. sekarang ni zaman shuffle. dok terkinja2 kat dancefloor disco tu. sape yang tak pegi disco tak bole campur golongan2 yang cool macam dorang. haih.

sambung balik. sekarang ni pulak susah nak pegi konsert2 dorang ni. tengok la konsert Wings tu. buat pon kat planet hollywood ngan hardrock cafe. tempat da la kecik. sesak nafas sial kalo dok kat tengah2 tu. puas hati memang la puas hati. tengok Wings kot. sape yang tak puas hati tu memang tipu la. tapi sakit gak la kalo nak kene berdiri sampai 3-4 jam sesak2 himpit2 macam tu. nak hisap rokok pon susah. apetah lagi kalo nak headbanging ke, nak terhangguk kepala layan bunyik gitar joe tu, silap2 ko terhantuk kepala ngan orang depan ko.

kalo konsert Search pulak, memang sangat puas hati. sebab buat kat padang kan. open air. ok la jugak. sesak memang la sesak. tapi kalo ko da tak tahan, pegi la dok kat belakang. siap bole baring lagi. luas kan padang tu.

tapi yang tak best nye, kalo ade antara penonton tu yang tak reti sivik atau mereka memang tak diajar kesedaran sivik kat sekolah. kalo ko da dok depan tu, tak payah la nak panjat pagar. konon nye bole tengok stage ngan clear sebab tak dihalang oleh kepala orang depan ko. abes tu, kepala serta badan ko tak menghalang orang belakang ko plak kan. buat kene sumpah seranah je korang ni kalo buat macam tu. pikir2 kan la.

kalo ko dukung awek ko takpe la jugak. sedap sikit mata memandang. dan mungkin juga sebab awek ko pendek. tapi kalo awek ko gemok, tak payah la. kang tak pasal2 ambulance kene angkut ko sebab tengkuk ko patah.

jadi, aku nak ajak kawan2 aku dan semua peminat rock kapak kat malaysia ni untuk sama2 pegi konsert double trouble ni. dan yang paling penting, bertimbang rasa lah masa tengok konsert tu. jangan ada yang kene sound pastu sume nak bajet cool dan gangster nak bertumbuk kat situ gak. ingat! kita datang nak layan konsert. nak layan muzik. nak kembalikan nostalgia rock kapak. bukan nak tunjuk sape gangster.

aku? aku sedang on the way untuk mengepau kawan2 aku untuk beli tiket. RM 70. ade sape2 yang nak belanja aku?